Sabtu, Ogos 02, 2008

Puan Hajah Mazliana Mokhtar.

Puan Mazliana Mokhtar sangat dekat di hati saya dan antara rakan sekerja yang banyak mengajar saya makna kehidupan. Saya kagum kesungguhan yang beliau tunjukkan dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik. Empati yang beliau tunjukkan di dalam perhubungan sesama rakan sekerja dan pelajar menjadikan beliau di antara guru yang saya kagumi. Beliau sentiasa menenangkan saya ketika saya dalam kesusahan. Sesi Woman's Talk bersamanya sangat saya tunggu-tunggu. Ayat yang kerap keluar bila geram sangat dengan pelajar "lantak kamulah" bersama lirikan senyum simpulnya menjadi "tagline" terbaru dan ia semakin popular.

Empati macamana ye? Pernah saya bersedih hati kerana terlalu rendah diri menyebabkan saya mengambil keputusan mengasingkan diri. Beliaulah orangnya yang banyak kali menenangkan saya dan memberitahu bahawa Allah memberi hikmah yang tiada bandingan kepada saya, dan percayalah saya akan sentiasa lebih kuat dengan ketentuan ini. Betul, ada orang lain memberitahu saya tetapi tidaklah begitu meninggalkan kesan mendalam seperti apa yang dikatakan Puan Mazliana Mokhtar. Banyak lagi keistimewaan beliau. Beberapa pelajar saya juga kagum dengan kaedah methodologi P&P beliau. Terima kasih Kak Na dan hanya Allah mampu membalas segala kebaikan beliau.

1 ulasan:

  1. salam.ni kak Na.1st time buka internet.hati kNa benar-benar terharu apbl mbacanya.tkasih byk2 krn menganggap sbegitu.Malu pun ada kerana bantuan x sbrapa.InsyaAllah,mg2 kita dapat saling berkongsi rasa hati .

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w