Khamis, Ogos 07, 2008

Waktu Puncak

Tadi semasa menyusun atur kedudukan 3 Melati utk persiapan pcubaan besok, tiba2 hati saya sedikit sayu. Saya rasa seolah macam peperiksaan sebenar. Dah bersedia ke anak2 ini menghadapi peperiksaan?. Ekspresi dan riak wajah anak2 didik 3 Melati memberi isyarat kepada saya, perhatian dan usaha penghabisan mesti bersatu untuk cemerlang. Kasihan pun ada, kerana waktu2 begini adalah waktu puncak menyediakan diri menghadapi peperiksaan. Penat sedikit tidak mengapa ye?. Untuk berjaya yang luarbiasa, perlukan usaha luarbiasa.
Kepada Khir, Fitri, Izwan dan Izudin yang berjumpa saya di staff room dan memohon restu saya agar berjaya dalam peperiksaan, saya merestui kalian dgn doa yg tidak putus2. Tersentuh juga hati bila mereka datang berjumpa. Maaf kalau ada yang saya tidak perasan kehadirannya. Bukan hanya kepada kalian malah seluruh anak2 didik 3 Melati, saya doakan A semua subjek milik kalian. Termasuklah Hazwani Hani 3 Mawar,tcher doakan moga berjaya dgn cemerlang. Amin.
(Wani, thanx for visiting my blog.)

1 ulasan:

Solat Cara Nabi s.a.w