Jumaat, September 05, 2008

Kisah Di Masjid




Beberapa hari ini, saya berkesempatan menunaikan solat terawih di Masjid Besar Tasik Puteri dan Surau Firdaus bersama jiran hadapan rumah, Cik Maimon dan anaknya. Selain menambah amal ibadat, pada saya ia juga adalah rawatan rohani supaya saya lebih dekat padaNya. Setiap kali imam memperdengarkan bacan ayat-ayat suci Al-Quran, setiap kali itulah saya teringatkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh imam di Masjidil Haram, Mekah. Ada sekali, imam di Masjidil Haram itu menangis ketika mengimami jemaah seluruh dunia menunaikan solat maghrib.
Dunia itu kecil. Di masjid, saya bertemu dengan bakal isteri pakcik saya, Cik Rahimah. Saya baru sahaja mengetahui beliau menetap di Tasik Puteri. Nak dijadikan cerita, cik Rahimah secara kebetulan membawa bersama seorang jirannya itu. Ditakdirkan Allah, jirannya itu adalah saudara dekat Cik Maimon( jiran saya) yang telah lama tidak berjumpa. Pertemuan secara tidak dirancang ini diakhiri dengan bertukar-tukar nombor telefon dan mengakrabkan lagi silaturrahim.

Muhasabah diri (untuk diri sendiri)

1. Pergilah ke masjid, semakin kita dekat dengan Allah semakin tenang rasa hati walaupun hidup tidak sunyi daripada masalah.
2. Kita adalah dengan siapa kita berkawan. Kawan yang baik adalah kawan yang dapat membimbing.
3. Berapa kalikah saya pernah menangis ketika menghayati bacaan ayat-ayat suci al-Quran?

4 ulasan:

  1. No matter where we are, we are still in the sight of God. No matter who we mix with, we still have to be ourselves. Stay away from the mud and we can be a blooming lotus.

    BalasPadam
  2. Helo teacher! Drop by from Pn.Haslina blog!
    SEMEKAR is having loads of bloggers now!

    BalasPadam
  3. hai teacher..nape x msuk klass hri ni..

    BalasPadam
  4. assalaamu'alaikum wr.wb.
    shubhannallah,
    saya merasa takjub dan suka terhanyut dengan goresan pena Mastura. Kadang berusaha menyelami apa yang dirasakan mastura dan dituangkan dalam tulisan.
    Terima kasih, saya selalu menanti tulisan2 terbaru Mastura.
    Wasalam

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w