Sabtu, September 13, 2008

Rahmat Tersembunyi


Saya mempunyai sahabat baru bernama Rahimah. Perkenalan yang tidak dirancang malah kali pertama pada 30 Ogos lalu di Kampung nenek saya di Kuala Pilah rupanya membawa seribu rahmat. Jika ada jodoh-beliau akan berkahwin dengan pakcik saya yang telah dkenali 3 tahun dulu. Yang thrillnya tentang beliau ini-menetap di fasa-fasa perumahan Tasik Puteri dan merupakan Jawatankuasa Masjid Bdr Tasik Puteri. Sejak hari itu, boleh dikatakan hampir setiap hari kami menghabiskan masa bersama-sama jemaah lain mengikuti Tazkirah sejak Ramadhan bermula. Peliknya, saya tidak pernah berjumpa mahupun mengenali beliau sebelum ini.

Tidak siapa menjangka-siapa beliau sebelum sekarang. Daripada seorang resident artist HVD-zaman Spektra dulu-dulu -Allah memberi rahmat dan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Kalau hendak dikira beliau pernah merasai kehidupan artis yang penuh dengan glamour dan jauh dari Allah satu ketika dulu. Besarnya rahmat Allah.

Saya memetik kiriman SMS beliau yang sedikit sebanyak mengurangkan kekusutan dan kerisauan saya terhadap ibu-yang kini tidak boleh berjalan disebabkan radang sendi lutut. Bayangkan ibu saya-sudahlah tidak nampak kedua-dua belah mata kini kaki pula tidak dapat memijak lantai kerana kesakitan yang amat. Saya? Hanya Allah Yang tahu hancur luluh hati saya dan setiap masa saya dihantui penderitaan ibu saya ini.


SMS beliau:

Sabar ya Mas, anggaplah ini semua anugerah dari Allah untuk memberi rahmat sebanyak-banyaknya kepada Mas. Adik beradik berbakti kepada ibu yang masih hidup, manakala di pihak ibu pula sekiranya redha dan sabar dengan ujian ini, beliau akan diberi ganjaran pahala tanpa hisab. Percayalah Mas, ini janji Allah . Jangan tangisi takdir ini, anggaplah yang berlaku ini semuanya baik, pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Gunakanlah kesempatan ini untuk meraih sebanyak-banyaknya kasih sayang Allah.


Ya Allah....................!

1 ulasan:

  1. hai teacher lmbt sign in hari ni..
    teacher syuk bru ltak satu artikel tau..nak tau jgk komen teacher psal artikel tu..

    myy SyUKnoW @ President Psiko

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w