Khamis, September 18, 2008

PERMATA HATI

Selama beberapa hari tidak mengemaskini MATA HATI, saya tidak menyangka menerima panggilan dan sms daripada mereka iaitu "rakan kampus" dan bekas pelajar yang dekat di hati saya-mengapa blog saya "sunyi sepi". Malah rakan sejawat seperti Puan Hajah Mazliana dan Puan Zuraida serta beberapa pelajar lain turut bertanyakan hal yang sama. Kepada pengunjung setia MATA HATI, sama ada yang meninggalkan maklumbalas atau berkunjung tanpa maklumbalas, ketahuilah saya sangat menghargai anda. Pelajar terbaru - Aaron Kee 5 Anggerik, yang datang singgah sebentar dan kunjungan Encik Harun -Jinggo serta terbaru adalah Puan Norisha(ada sesuatu tentangnya di blog ini nanti) dan amnya semua yang sudi singgah di sini, saya berikan buah tangan purple neon light seperti di sebelah kanan.

2 ulasan:

  1. salam...wah besarnya pangkat..dapat jadi PERMATA HATI teacher...ingtkan dapat ZHULIAN JANTUNG..huhu..hope teacher masuk klas esok..

    PsyChOs PaNdA

    BalasPadam
  2. kak kema dah lawati mata hati sejuk dan segar mata memandang. Ucapan Selamat berpuasa dan dapat beribadat dengan ikhlas kepada Allah semoga ditemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat ini di tahun hadapan. InsyaAllah.

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w