Isnin, September 22, 2008

Letupan Tidak Terjangka


Ahad dua minggu lepas saya telah menerima sesuatu berita yang tidak terjangka dek akal fikiran ini. Pertama kerana saya baru mengetahui punca penderitaan ibu saya dan yang lain adalah saya sendiri!. Ia umpama larva gunung berapi-telah lama tersimpan dan hanya menunggu saat untuk meletup!!. Allah Maha Mengetahui di sebalik tiap-tiap satu kejadian. Artikel ini menjawab kehairanan oleh segelintir kawan-kawan yang mengunjungi MATA HATI-mengapa hampir seminggu saya tidak bersiaran dan sunyi sepi. Saya memerlukan masa untuk reda disebabkan berita ini tidak mudah saya menerimanya.
Ia bermula apabila hati saya terasa begitu kuat didorong Allah untuk menghantar ibu saya menjalani kaedah rawatan perubatan alternatif melalui seorang imam berasaskan ayat-ayat suci a-Quran. Alhamdulillah, saya mengetahui kaedah daripada sahabat baru saya, Rahimah setelah saya bercerita tentang kerisauan saya.
Tatkala kami sampai di ahad pagi yang hening, kami sekeluarga terus sahaja memapah ibu yang tidak boleh memijak tanah kerana kesakitan yang amat. Tidak lama selepas itu, bacaan ayat-ayat al-Quran diteruskan dan alangkah terperanjatnya saya apabila imam itu memberitahu ada jarum dan kaca di suatu kawasan sekitar lutut ibu saya! . Dan dengan iringan ayat-ayat suci al-Quran imam tersebut berjaya mengeluarkannya. Saya menahan perasaan, sambil berdoa semoga Allah permudahkan semuanya. Namun hati saya masih tidak dapat menyembunyikan kerisauan selagi tidak dapat melihat ibu berjalan semula.
Ia tidak habis di situ sahaja. Yang lebih thrill dan tidak terjangkau dek fikiran saya-imam itu mengesahkan saya telah mengalami gangguan yang sama termasuk beberapa gangguan lain malah lebih hebat sejak sekian lama-memusnahkan sistem badan saya jika tidak dibuang. Saya terdiam, keliru tetapi pada masa yang sama saya tekadkan hati saya- Allah sedang menguji saya. Selepas hampir 1 jam berlangsung, berasaskan ayat-ayat suci al-Quran , imam tersebut berjaya membuang segala bentuk gangguan itu. Penemuan ini sekaligus menjawab mengapa saya begitu dan mengapa saya begini selama kehidupan saya berlangsung.
Akhirnya, ketika kami hendak pulang, air mata saya tidak dapat ditahan-saya lihat ibu saya perlahan-lahan menggerakkan kakinya memijak tanah. Sebaik sampai di rumah- saya mencapai sejadah dan melakukan sujud syukur dan menangis sepuas-puasnya!!!. Saya bersyukur luahan dan tekanan saya didengar oleh Allah dan diberikan sekali jalan penyelesaian.
Allah Maha Mengetahui.

Muhasabah diri untuk diri sendiri:
1. Berdoalah sebanyak-banyaknya kepada DIA kerana bantuan yang diberi (terutama mengambil keberkatan bulan ramadhan ini) tidak pernah lekang dengan syarat amalan dan ingatan kita KepadaNya tidak pernah lekang.
2. Walau apa pun yang berlaku, keredhaan menerima segala ketentuanNya sangat penting kerana ujian yang datang diberi kepada mereka yang benar-benar mampu menghadapi.
3. Manusia yang mengamalkan sihir ( perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain disebabkan dengki, sakit hati, cemburu dan sebagainya)tidak akan terlepas daripada balasan Allah walaupun sebesar zarah.
4. Luahkan kerisauan dan tekanan anda kepada Allah. Allah Maha Mendengar!






4 ulasan:

  1. salam... selamat aidilfitri 2008

    BalasPadam
  2. kenapa cgu menhilang : akhirnya ada lagi.semuga apa yang berlaku di atas menjadi cerita dan pengajaran besar pada diri.saya suka ayat muasabah untuk diri sendiri.

    BalasPadam
  3. salam teacher mastura..
    slmt aidilfitri..
    nice fnlly found ur blog...
    rabiatul

    BalasPadam
  4. MasyaAllah.
    ... Astagfirullah...


    Alhamdulillah.
    :)
    Selamat kembali wahai penulis si MATA HATI Puan Mastura.

    Aidul Fitri, Eidul Fitr', Merayakan Aidilfitri adalah pengertian kepada kefahaman fitrah diri sama seperti memahami tentang kelahiran semula diri kita dan diri kita inilah yang bakal mencorakkan perjalanan kita bermula saat Syawal ini.
    Jalan mana yang kita pilih?
    Masih sempatkah kita meniti hari menanti Ramadhan dan Syawal yang akan datang? :)

    "Ya Allah,
    Aku bersyukur kepadaMu atas seluruh RahmatMu"
    "Ya Rabb,
    Syukri iy'yaka min in' amatika"


    Salam hormat,
    ZUL RAHMAN

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w