Ahad, Januari 04, 2009

Kebergantungan


Besok sesi persekolahan 2009 akan bermula. Saya agak kepenatan hari ini membuat kerja rutin mengemas rumah dan persediaan untuk esok. Semuanya kena pantas dan tuntas. Malam ini saya harus tidur awal dan mungkin juga saya mengalami kepenatan minda menyebabkan saya rasa lebih cepat letih. Bila penat begini, hati saya suka untuk didorong rasa sebak. Terutama jika orang terdekat tidak menunjukkan empati. Namun sampai bila saya suka bergantung dengan orang terdekat walaupun ketika saya benar-benar memerlukan bukan apa, untuk menjadi pendengar setia. Hilangkan sikap kebergantungan kerana ia akan lebih teruji pada tahun 2009. Kuatkan semangat kamu Mastura!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w