Rabu, Disember 24, 2008

Kasut Tumit Menawan


Kita adalah dimana kita berada dengan pembawakan kita yang kita perjuangkan meskipun berbeza fahaman. Saya umpamakan tugasan hebat yang diperolehi setelah lebih 6 jam bermesyuarat kali pertama semalam seperti sepasang kasut baru tumit tinggi berpotongan menarik. Walaupun "baru" dengan potongan menarik tetapi bukanlah mudah untuk menyarungkannya ke kaki kita. Silap haribulan terpelecok. Namun saya suka menyahut cabaran walaupun belum tentu sesuai dengan potongan kaki saya.

Saya cepat-cepat mengingatkan diri saya apabila mendengar 1001 kisah tentang cabaran mendatang yang lebih hebat pada tahun 2009. Kalau kena gayanya, saya pasti menghayun langkah dengan yakin selagi mana saya tahu langkah saya ini meninggalkan kesan. Namun kalau tidak betul pembawakannya, saya bukan sahaja terpaksa menahan sakit kaki malah menggagahkan diri meneruskan langkah dengan rasa terpaksa pula

Kasut Tumit bermaksud Cabaran kepemimpinan , Kaki bermaksud Daya tahan saya, Menawan bermaksud dapat menyediakan diri dengan penuh keikhlasan terhadap tanggungjawab kerja. Satu lagi, kasut mesti perlu digilap supaya habuk tidak membuat penempatan. Asalkan saya dapat menyempurnakan kerja dengan keikhlasan itu sudah cukup baik. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w