Khamis, Disember 18, 2008

Semangat Juang Chuan Tuck


Pagi ini saya menerima panggilan daripada bekas anak didik saya Loh Chuan Tuck. Melalui perbualan telefon, saya mengetahui beliau hanya ketinggalan 2.7 mata untuk melayakkan diri menyambung pengajian ke New Zealand. Markah kelayakan minimum adalah 96. Beliau memperolehi 93.3 mata. Walau apapun keputusan yang telah diperolehi, saya secara peribadi sangat bangga dengan pencapaian anak muda ini. Beliau bukan sekadar berusaha malah lebih dari itu. Chuan Tuck menyatakan beliau telah mengecewakan SEMEKAR sebagai satu-satunya wakil yang pernah mengorak kejayaan di SEMEKAR dulu sehingga ke peringkat sekarang.
Pada saya, beliau tidak pernah mengecewakan saya malah begitu menghargai saya walaupun sekarang saya hanyalah bekas gurunya. Saya percaya guru-guru yang pernah mengajarnya pun merasakan begitu. Tidak semestinya tidak menyambung pelajaran ke sana, maka kehidupan sebagai bakal doktor berakhir. Di sini, terlalu banyak peluang menanti selagi mana kita ingin belajar wahai Chuan Tuck.
Ada masa-masanya, Tuhan akan memberi apa yang kita perlukan dahulu berbanding apa yang kita impikan kerana Tuhan lagi mengetahui hikmah di sebaliknya. Bangga dengan usaha dan semangat juang kamu, Chuan Tuck. Teruskan.

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas kata-kata semangat cikgu. Bukan saya sahaja yang mengalami nasib ini, malah kawan saya yang mendapat markah 98.3 mungkin tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pergigian, disebabkan markah keperluan adalah 99.0. Ha3! Sekarang cuma menunggu tindakan JPA, yang kemungkinan besar akan benarkan sambungan di IMU. Ha3! I do much more better than the 85.0 cut-off point, so JPA can't terminate scholarship. In fact, I did quite well. I feel the gratitude deep in my heart. Yeah, I think I need to go back SEMEKAR someday, for Alumni... Please leave me your email, teacher. Thanks in advance. Mine: izahs_lct@yahoo.com.my

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w