Rabu, Disember 17, 2008

Elemen-elemen Terapi 1


Itulah saya. Menyembunyikan diri seketika adalah terapi berkesan dengan harapan dan doa supaya memperoleh elemen-elemen yang boleh merawat duka lara saya. Kini saya dapat membuangnya jauh-jauh apabila saya sedari saya sebenarnya telah bertemu elemen terapi itu dengan cara mencipta seberapa banyak kesibukan. Alhamdulillah.

Kehidupan mesti diteruskan. Sebaik selesai hari raya korban,saya pulang ke Seremban selama 5 hari. Tanpa saya sedari, bila saya berada di sekeliling orang yang memerlukan saya walaupun pembawakan berbeza saya dapati itulah cara merawat duka lara. Melihat ibu saya gembira apabila hajatnya untuk makan juadah kegemaran dengan hidangan yang saya masak sendiri umpama kuasa penawar kepada hati saya. Juadah kegemaran ibu adalah bubur pulut hitam, gulai lemak pucuk ubi, sup tulang, rendang hati, masak lemak cili api daging dan sambal ikan tenggiri dan masak lemak kobis. Menemani ibu bercerita kisah notalgia selain memasak juga membuatkan saya lupa kisah kesedihan saya. Menghabiskan masa bersama keluarga dan adik-adik saya dapat mengeratkan silaturrahim yang kadangkala berdiri di atas landasan berbeza.

Ada suatu ketika, saya kurang sihat maka adik saya yang kedua itu berkali-kali berlegar di dalam bilik hanya untuk memastikan saya boleh tidur lena walaupun kepenatan pulang dari kerja manakala adik saya yang ketiga mengurut badan dengan minyak panas selain ibu yang tidak putus-putus meminta saya melupakan kecelaruan fikiran. Terima Kasih Kalian!
Mencipta kesibukan dengan kelompok yang rapat termasuklah keluarga menjadi elemen terapi penting namun yang lebih utama lagi adalah mencipta dan memastikan hubungan dengan Tuhan kerana Dialah yang Maha Mendengar keluh kesah lagi Maha Mengetahui tentang diri saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w