Ahad, Disember 07, 2008

Anak


Selama dua hari ini saya tidak dapat menipu diri sendiri untuk tidak berasa hati walaupun saya cuba membuangnya jauh-jauh. Sedikit sebanyak saya berasa terkesan apabila diajukan soal anak atau cahayamata. Ia berlaku di dalam dua majlis kenduri berasingan semalam dan hari ini. Bukanlah saya menyalahkan orang sekeliling kerana mereka berhak bertanya dan mempunyai mulut untuk bertanya cuma kasihanilah saya. Bertanyalah dengan cara intelektual yang mana berpaksikan qada' dan qadar iaitu ketentuan Allah. Janganlah bertanya mengapa macam itu dan mengapa macam ini.

Kata-kata orang walaupun mungkin mereka menganggap ia sekadar gurauan adakalanya amat meremukkan hati saya. Baru sahaja hendak bergembira bersama keluarga tiba-tiba saya seperti kehilangan kata-kata apabila diajukan pernyataan yang bukan membina tetapi lebih untuk memperlekeh. kadangkala saya berfikir, apakah perisai yang wajar saya gunakan untuk menghilangkan kesedihan mendalam dan rasa rendah diri ini walaupun dari luarannya saya menyabarkan diri setiap kali orang bertanya dengan jawapan saya belum ada rezeki lagi. Hanya Allah yang lebih mengetahui mengapa saya tidak dikurniakan cahayamata buat masa ini. Kalau saya yang menghadapinya sendiri ini boleh menerima ketentuanNya maka mengapa beberapa kerat mereka di luar sana tidak cuba memahami situasi ini.

Kepada mereka yang mempunyai anak atau cahayamata, bersyukurlah di atas anugerah yang tidak ternilai itu dan kepada mereka seperti saya yang belum dikurniakan anak , ingatlah Allah itu sangat mengetahui tentang apa hikmah yang tersembunyi di sebalik ketentuan ini.

2 ulasan:

  1. Bukan semua manusia bertimbang rasa dan cuba memahami manusia yang lain. Apa yang kita boleh dan patut buat, ialah mengambil kata-kata yang diuja (dianggap negatif pada pendirian kita) sebagai ujian untuk menguji kesabaran kita (tengkorak kita berongga, jadi bukan susah untuk melepaskan ikut lubang telinga, ha3). Apabila orang lain tidak memahami situasi sebenar, usah panas telinga. Perlu tahu, itu cuma sekejap jua, janji orang yang kita cintai ada selalu di sisi kita, janji kita tahu perkara sebenar. Bagi menjawab soalan yang "tajam", jawapan neutral diberi, "Tiada rezeki nampaknya" atau "wallahualam". Maaf, saya mungkin tidak faham perasaan anda, tetapi itu saja dari pandangan saya.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas kata2 semangat cikgu yang membuat saya tersenyum dan terasa "suam" (warm) dalam hati (banyak perkataan sudah berada di dalam sejarah). Hidup akan berlangsung tidak kira apa di hadapan, baik baik atau tidak. Take care teacher! Never let the bad feeling(s) take over you, nothing is worse than hopeless, but as long as we live, there is hope.

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w