Ahad, Februari 22, 2009

"Betul,betul, betul.."


Apakah antara lain yang boleh menceriakan hari ahad saya hari ini? Jawapannya, filem animasi Geng Upin dan Ipin.
Saya baru sahaja selesai menonton Geng Upin dan Ipin di TGV one Utama. Cantik benar animasi 3 D setaraf Hollywood ini dikuti ingatan saya kepada watak Tok Dalang, Opah, Rajoo dan Sapinya, Kak Ros, Lim tetapi yang lebih mengujakan keletah Upin dan Ipin dan Oopet . Tabik hormat dan syabas kerana filem animasi ini filem pecah panggung yang hebat, bukan sahaja menyatukan masyarakat majmuk Malaysia malah ia adalah filem wajah malaysia yang mempunyai kelas tersendiri. Tabik hormat khas saya kepada Les Copaque Production kerana usahanya menjenamakan Upin dan Ipin dilihat sebagai sesuatu yang sangat membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya mood saya yang tidak menentu beberapa hari ini dapat diceriakan sedikit sebanyak dengan filem yang mempunyai tag line, "betul, betul, betul "ini.
Kalau boleh saya ingin menonton sekali lagi. Betul, betul dan betul menghiburkan hari ahad saya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w