Isnin, Februari 23, 2009

Manusia Lemah


Hari ini kesakitan mengatasi semangat saya untuk bekerja. Saya kurang sihat kerana sakit tulang belakang yang mengganggu tumpuan saya untuk bergerak. Doktor menasihatkan saya supaya berehat sahaja di rumah. Di dalam hati, saya cuba elakkan gangguan-gangguan fikiran tentang hal-hal kerja dan komitmen hanya untuk sementara waktu supaya esok saya boleh bertugas seperti biasa dan berjumpa anak-anak didik saya. Doa saya berkali-kali,
"Ya Allah Yang maha Mengetahui segala apa yang ada di dalam hati ini, kurniakanlah aku kekuatan dalaman untuk menyempurnakan segala tanggungjawab yang diberi tanpa ada keluh kesah, tanpa ada diselang seli dengan rasa bersedih hati dan terpaksa, tanpa ada rasa kurang sihat sehingga mengganggu kerja harianku, tanpa ada rasa tekanan yang menusuk jiwa. "

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, pada hal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman."

(Surah ali Imran, ayat 139)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w