Isnin, Februari 09, 2009

Mencari Damai Hati




Saya sampai ke Bukit Fraser, lebih kurang sepuluh minit sebelum masuk waktu Zohor petang tadi. Merasakan terpukau dengan kebesaran Allah yang menciptakan keindahan bumi Fraser ini,dengan kehijauan alam sekeliling yang sangat mendamaikan, saya berbisik sendirian, besarnya kuasa Allah Yang Maha Mendengar segala isi hati saya beberapa hari ini. Sejak Jumaat, saya berada di dalam dunia saya sendiri, sukar untuk saya terangkan memadailah kawan-kawan terdekat yang sangat memahami dan memberi sokongan padu tidak putus-putus iaitu Puan Hajah Mazliana (yang menghubungi saya setiap hari), Puan Norishah dan Puan Zuraida. Saya menyayangi kalian dan telah menganggap kalian seperti keluarga saya sendiri.
Kata Hajah Mazliana, hubungi ibu di Seremban, setidak-tidaknya dapat mendengar suaranya akan lebur kesulitan sedikit demi sedikit. Memang benar. Alhamdulillah, terima Kasih di atas doa Ibu yang tidak putus-putus..
Sebaik saya sampai dan meletak kereta di hadapan masjid Bukit Fraser, saya lihat beberapa jemaah bersedia meluruskan saf sambil menunggu Azan dilaungkan. Hati saya bercakap sendirian, saya katakan Allah itu Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui isi hati saya. Perjalanan ke sini sekalipun berliku-liku, saya bersyukur kerana saya telah mula merasai nikmat ketenangan sebaik berwudhuk dengan air yang sejuk segar. Dalam sendu merasai kebesaran Allah dan merasai kekurangan diri saya terjemahkannya dengan rasa amat mendalam melalui solat tah'yatul masjid, solat berjemaah dan jamak seterusnya solat sunat syukur. Yang menariknya, masjid ini sangat berbau wangi seperti wangian di Masjidil Haram, Mekah. Subhanallah.
Saya menangis tatkala teringat hajah Mazliana menyuruh saya solat sunat Mutlak, memohon pertolongan Allah selesaikan kesulitan yang berlaku beberapa hari semasa sujud terakhir dengan mengingati Ya Rab tanpa putus. Saya tidak berhenti-henti berzikir Ya Allah, Ya Fatah seperti yang disuruh Puan Nurishah supaya kuat menghadapi dugaan ini. Saya tidak henti-henti menyebut nama orang tersayang memohon petunjuk Allah seperti yang disuruh Puan Zuraida.
Bukit Fraser menyimpan kenangan di kala saya mula mencari kedamaian. Perjalanan ini tidak dirancang namun ia menyimpan 1000 makna. Setiap kali saya melihat kehijauan alam di puncak bukit, setiap kali itulah saya sangat kuat meyakini Allah sangat mengetahui apa yang ada di benak saya, malah saya berbisik sendirian dan merasai, secara perlahan-lahan kesulitan yang saya hadapi mulai pergi.
Alhamdulillah dan terima kasih Allah.

4 ulasan:

  1. pn mastura,
    the trip was not planned? I didn't read it wrong, i guess? anyway, the greenery must have done a favour to your tired mind.
    i guess we must take one day at a time. take care....

    BalasPadam
  2. I never been to Fraser Hill before, hope nobody will ask me about it in New Zealand later. Just kidding. Green is soothing, so I think teacher found that in Fraser Hill.

    BalasPadam
  3. Subhanallah Pemandangan ciptaan Allah SWT, sangat indah.Kita tidak hanya melihat dengan mata pengelihatan tapi juga dengan mata hati.

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w