Selasa, Mac 24, 2009

Terasa Sungguh Istimewa






Bolehkah saya menggelarkan minggu ini minggu penghargaan untuk saya? Itulah yang saya rasa. Rasa seronok sekali apabila bekas anak didik yang sangat tebal jati diri dan sentiasa mengetahui asal usul, Loh Chuan Tuck a.k.a Iskandar Zulkarnain melayangkan poskad dari New Zealand untuk saya. Cuba amati perkataan terakhir, Malaysia is great. Apa khabar Chuan Tuck? Terima Kasih di atas ingatan.Dalam doa saya setiap waktu, moga anak muda ini bukan sahaja berjaya membawa segulung ijazah tidak lama lagi malah boleh membawa perubahan positif yang mampu mengembalikan jati diri generasi sekarang yang semakin terhakis dalam banyak urusan kehidupan. Saya kagum dengan pembawakan Chuan Tuck dan sangat menghargai ingatannya terhadap saya termasuklah menghubungi saya melalui telefon dari New Zealand baru-baru ini. Teruskan usaha untuk mengejar impian anda, Chuan Tuck.
"Teacher, ada sesuatu untuk teacher kerana selama ini teacher banyak memberi motivasi kepada saya untuk berjaya" ujar Furqaan tersenyum sambil menghulurkan sesuatu (diari harian). Di dalam hati saya merasakan bersyukur kerana rasa begitu dihargai dan tidak ramai pelajar ada sikap seperti ini. Saya tidak pernah mengajar pelajar ini secara langsung namun apabila sesekali kami berbual pasti ada perkara lain yang saya selitkan sebagai pembelajaran terarah kendiri secara tidak langsung. " "Doakan saya dapat biasiswa TNB yang saya pohon pada 30haribulan ini" katanya sambil tersenyum. Ahmad Furqaan, pelajar lepasan SPM tahun 2008 memperolehi 5A dan sedang memohon jurusan sains komputer seperti yang diimpikannya. Terima Kasih Furqaan.
"Teacher doakan saya selamat pergi dan balik ke destinasi percutian kami, Hong Kong. Nanti balik saya bawa ole-ole untuk teacher. Pada saya adalah memadai kiriman pesanan ringkas jam 5.06 pagi itu semasa cuti pertengahan penggal 1 baru-baru ini. Itulah adalah penghargaan. Namun yang saya rasakan bertambah istimewa adalah keychain Minnie Mouse dari Disneyland Hong Kong yang dibelikan khas untuk saya. Terima Kasih di atas ingatan, Amir Hazim dari 3 Raflesia.
Dalam kehidupan saya, penghargaan sebenarnya bukan berupa pemberian barangan semata-mata sebagai tanda kasih dan penghargaan malah apa yang sangat dituntut dan menjadikan ia sangat istimewa adalah pengkisahan jiwa berupa pengakuan tulus ikhlas dari hati ke hati dan ia dapat dilihat dengan jelas dengan gerak bahasa tubuh dan tutur kata. Wallahualam, terima kasih anak-anak saya.
Mata Hati: Tiada apa yang lebih istimewa apabila doa-doa dimakbulkan Allah. Alhamdulillah.

2 ulasan:

  1. Juz busy, as Term Test is approaching. Anatomy lo, hard terms to remember!
    Finally, the postcard arrived safely at it should be, ha3!
    Remember to support Earth Hour 2009.

    Regards. Bless upon Malaysia.

    BalasPadam
  2. tu tandanya akak ni guru kesayngan murid..bestnya..

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w