Sabtu, Jun 13, 2009

Tolong Beradab!

Keterujaan saya untuk membuka blog MATA HATI menjadi sedikit terganggu apabila membaca mesej "kurang ajar" pada bahagian mesej kotak hijau. Sekalipun berjaya memadamkannya, ia gagal mengawal kemarahan teramat saya. Hanya kerana seorang pengunjung yang tiada akal ia sekaligus mencemar suasana keharmonian pagi ini. Saya percaya jikalau pelajar atau sesiapa pun yang bijak akal dan fikiran ,seorang manusia waras dan bukan b*** dan bahasa f******* seperti yang telah ditulis yang saya sifatkan merujuk kepada diri beliau, maka ia tidak akan sewenang-wenangnya ditulis. Ingat, Tolong Beradab!!. Bahasa Mencerminkan Anda. Terlalu banyak kaedah pada zaman canggih ini untuk mengesan perlakuan kurang ajar pada zaman siber ini . Jangan sampai saya mengadukannya kepada pihak berkuasa sekiranya ia berlaku sekali lagi.
p/s terlalu kerap penggunaan bahasa kesat orang putih dijadikan bahasa mesra seharian tanpa meneliti penggunaan dan maksudnya. Jangan jadi burung kakaktua!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w