Rabu, Julai 08, 2009

Michael Jackson & Kehidupan Saya

Ketika saya darjah dua, saya bersama adik-adik suka bermain pondok-pondok dan perang-perang di rumah jiran. Acapkali, ketika itu lagu dan video Micheal Jackson yang dikatakan menjadi trendsetter MTV sekarang ,dimainkan di rumah jiran . Apabila balik dari sekolah, saya turut ikut menyanyikan lagu Thriller dan Beat It. Sekalipun agak mustahil untuk menghafal dan memahami lagu itu ketika itu tapi ia terbuai-buai dalam perjalanan kehidupan saya ketika kecil. Kadang-kadang saya dan anak-anak jiran saya itu turut mengikut moon walk MJ. Itu ketika kecil.
Ketika belajar di Uitm dulu, saya juga turut "dibesarkan" dengan lagu yang saya tidak pasti tajuknya tetapi permulaan yang mengesankan..you are not alone.. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya kadang-kadang memainkan lagunya di dalam album Past, Present , Future dan selalunya di dalam kereta. Dunia kehilangannya dan saya sangat merasainya juga seperti orang lain walaupun bukanlah peminat fanatik. Paling menyentuh hati saya adalah video dari ucapan anak perempuannya, Paris Micheal Jackson. Saya sisipkan dan bawakan video ini untuk kita sama-sama menghayati mesej tersirat tidak sekadar populariti MJ tetapi juga merangkumi kasih sayang anak dan ayah yang tidak boleh dijual beli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w