Ahad, Julai 26, 2009

Segalanya Chiffon




Semalam di sebelah petang saya menghabiskan masa beberapa jam untuk membeli kain chiffon untuk hari raya nanti sedari hari semakin cepat berlalu, dibimbangi tukang jahit tidak mahu menerima tempahan lagi. Kegilaan saya terhadap kain chiffon memang tidak boleh digambarkan dan ia semakin tidak boleh diselamatkan lagi apabila sampai di tempat saya membeli , Nagoya Tektiles Shah Alam. Semasa sedang sibuk memilih yang mana satu idaman hati, saya menerima sms dan panggilan telefon kawan-kawan bertanyakan apa fesyen terkini untuk tahun ini dan apa pula jenis kain yang sesuai. Wah, tidaklah sampai tahap fashion designer tetapi saya suka berkongsi ilmu dengan kawan-kawan kerana ia terapi bagi saya dan saya suka melihat kawan-kawan berpenampilan cantik.

Saya katakan kepada mereka(pendapat peribadi) bahawa chiffon sangat sesuai jika inginkan penampilan polos dan terletak dan sangat sesuai digayakan bersama tudung selendang chiffon Ariani atau tudung yang seangkatan dengannya. Segalanya Chiffon. Sementara fesyen kurung moden tangan bercekak Ekin adalah sangat menarik dan sopan dan menjadi trend 2009/2010. Kalau hendakkan yang anggun dan terletak, bubuhkan sequin dan manik Jepun di bahagian cekak tangan dan leher baju tetapi jangan terlalu sarat kerana dikhuatiri akan menjadi seperti pokok krismas pula. Saya juga sangat suka dengan potongan dress jubah tetapi kena bijak memilih kain dan warna supaya tidak kelihatan janggal.
Saya sangat sukakan penampilan sederhana tetapi anggun dan terletak. Segalanya Chiffon dan tahun ini saya memilih warna silver sebagai tema warna kami sekeluarga. Menghabiskan masa sedikit untuk membeli tidaklah salah asalkan kita tahu ia tidak membazir dan yang penting ia menjadi salah satu terapi untuk saya terutama ketika mood tidak menentu beberapa hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w