Jumaat, Julai 31, 2009

Aura Kembali


Emosi wanita itu menggila dan merudum
Dia terkapai-kapai, menerjah dan sesekali terpelanting
mencari jawapan di mana-mana
berenang di dalam lautan kesedihan
hatinya sangat tersisa dengan penolakan dan ketidakfahaman
Tolonglah faham!

Di kala dia berpadu bersama kesakitan yang padu itu
Wanita itu mencari-cari sesuatu
sambil bermonolog kepadaNya
dari volume 1,2....10 terakhir...,nah!
Bersama Azan Subuh dia bingkas bangun sedari
merasakan hasil monolognya bersama Penciptanya
di sepertiga malam begitu mengesankan

di dalam tidur yang nyenyak
Lalu pada malam itu dia bermimpi,
bersama yang tiada lagi,
arwah ayahanda dan saudara tua,
bersama yang masih di dunia,
wanita itu, ibunya, adiknya dan sahabat baiknya
di dalam ihram , semuanya putih dan bersih
berkira-kira memulakan tawaf pertama
dan ia hampir kedudukan dengan Kaabah,
Baitullah, Subhanallah
di kelilingnya lautan manusia

Wanita itu memimpin ibunya perlahan
sambil kawan baiknya mengira untuk langkah pertama
didahulukan isyarat dari arwah ayahanda
Lalu bangunnya bersama alunan azan penawar jiwa,
paginya menjadi ceria dan bermakna,
Rindu dan kasih ke sana lagi

Auranya Kembali?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w