Selasa, Ogos 04, 2009

Syaaban lif menuju Ramadhan.

Ahad malam isnin baru ini, saya bersama rakan , cikgu N menghabiskan masa beberapa jam di masjid mengikuti forum perbincangan mengenai syaaban dan ramadhan; di antara adat dan ibadat. Pengisian forum tertumpu apa yang ibadat dan adat dan disampaikan oleh dua orang panel yang tidak asing lagi, Dato' Ustaz Daud Che Ngah dan Ustaz Uda Kassim. Daripada forum yang disampaikan, saya umpamakan bulan syaaban yang kita sedang lalui ini seperti lif. Jika kita perbanyakkan zikir mengingati Allah, memperbanyakkan puasa sunat selain puasa ganti, menyelami dan menghayati setiap satu ibadah yang dilakukan secara akar umbi bermula daripada perkara asas seperti solat, maka Allah akan memudahkan dan mengangkat doa-doa kita. Geraklaku ibadah kita di bulan syaaban tidak ubah seperti lif, sama ada laju, berjalan lancar atau tersangkut bergantung kepada hati yang bersih. Satu lagi kata ustaz, banyak-banyaklah kita memohon maaf dan memaafkan orang lain kerana ditakuti pahala ibadah puasa kita "tersangkut" umpama lif yang tersekat perjalanannya.Nauzubillah.
Saya memikirkan diri saya, entah sempat bertemu Ramadhan lagi atau tidak maka saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya tidak lalai dan alpa. Permudahkanlah laluan hidup ini Ya Allah.
Saya bermuhasabah diri apabila catatan buku baru kita diperbaharui pada 15 Syaaban iaitu hari Nisfu Syaaban.Demi masa sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w