

Minggu lepas dek kerana wabak lagu dan tarian comel chicken dance melanda di sekolah saya yang dipandu oleh salah seorang guru inovatif ,cikgu B yang mana kami bersenam robik beramai-ramai (sempena minggu kecerdasan)menjadikan rentak lagunya terbawa-bawa di dalam kehidupan saya sehari-hari. Lalu saya menyenaraikan Chicken Dance lagu wajib untuk didengari setiap hari sekalipun di tempat-tempat lain, demam chicken dance ni agak dah suam-suam kuku. Ketika itu bersenam robik bersama para pelajar termasuk pengetua dan rakan sekerja peluh keluar dengan banyaknya dan objektif P&P kiranya telah tercapai.
Rasa hormon gembira menjalar dalam sistem badan dan semua orang kelihatan comel sahaja ketika itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan