Selasa, Ogos 04, 2009

Selagi Skrip belum Siap


Petang tadi, saya menerima undangan majlis menyambut menantu daripada mantan pengetua saya terdahulu. Saya diminta menjadi juruacara majlis ketika majlis menepung tawar hari sabtu ini. Yang buat saya berdebar-debar sedikit adalah kerana majlis ini melibatkan delegasi kaum kerabat kenamaan Indonesia bertandang ke sini dan ia adalah grand function. Saya sebenarnya sudah agak lama tidak menjadi juruacara di majlis-majlis besar walaupun agak kerap menjadi juruacara majlis. Sekarang sambil-sambil blogging, saya mencari-cari idea dan pantun lama untuk mencantikkan lagi skrip. Teringat ketika menjadi juruacara Konvokesyen Uitm Shah Alam ketika semester 4 , Juruacara Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ketika semester 3 di UitM Shah Alam dan Juruacara Pertandingan Malam Bakat semasa Kursus perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Tuanku Ampuan Afzan,10 tahun yang lalu. Walaupun mungkin di sekolah telah terbiasa, tetapi ada juga debarannya. Selagi skrip belum siap... .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w