Sabtu, Ogos 08, 2009

Kita Hanya Merancang


Ada dua perkara yang berlaku dalam kehidupan saya pada hari ini yang sangat dekat dengan frasa 'Kita Hanya Merancang'. Memang benar sekali, kita hanya boleh merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Rupanya kesungguhan saya bersengkang mata menyiapkan skrip bersempena majlis menyambut menantu mantan pengetua tidak terjangka pengakhirannya apabila saya tidak dapat menjadi juruacara. Saya kurang sihat dan mengalami masalah penghadaman. Lagi teruk, menghabiskan masa di toilet berjam-jam sedari awal pagi. Diakhiri dengan baring keletihan sehingga setengah hari. Alamak! Mengapalah waktu-waktu kritikal begitu ? Kepada mantan pengetua, saya telah pun menghubunginya dan menyatakan maaf berkali-kali sambil memberitahu keadaan saya yang tidak bermaya. Rasa terkilan sangat bila semuanya telah disediakan dengan cukup baik, berlatih berhari-hari di depan cermin, menyiapkan diri dengan pakaian sesuai dan yang paling teruja adalah untuk berjumpa kawan lama namun apakan daya. Namun Mantan Pengetua sangat memahami kerana beliau ada plan B juga, sediakan payung sebelum hujan. Kita hanya Merancang tetapi semua yang berlaku adalah keizinan dan ketentuanNya. Rasa terkilan sangat. Maaf sangat-sangat.
Pada masa yang sama hari ini, kepada sahabat saya ustazah H yang kehilangan ibu tersayang untuk selama-lamanya, saya ingin menghulur takziah dan al-fatihah. "Tidak ada apa yang kakak harus rasa ralat di atas pemergiannya kerana kakak seorang anak yang soleh dan mulia, berada di samping arwah dan menjaga arwah dengan baik sekali sehingga mengambil cuti separuh gaji untuk menjaga arwah yang terlantar sakit kuat. Semoga kakak tabah dan kerana ketabahan kakaklah maka kakak diuji sebegini rupa. Al Fatihah dan saya sangat memahami rasa kehilangan itu. Lagi sekali, Kita hanya Merancang tetapi Semua Yang berlaku adalah keizinan dan ketentuanNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w