Ibu ketika meraikan cucu pertamanya. |
Tidak tahu kepada siapa untuk meluahkan. Beratnya rasa penanggungan ini. Bangun dari tidur dan ketika hendak melelapkan mata saya tidak sunyi dari tekanan ini. Hati hanya mampu berdetik kecil memohon kepada Yang Maha Pengasih dan Penyayang supaya menenangkan jiwa raga yang dibelenggu kerisauan. Ia tentang ibu saya. Kesihatannya sedikit merosot. Sementara menunggu pembedahan yang akan berlangsung pada 7 Oktober jumaat ini, ia sebenarnya penantian yang cukup panjang. Apatah lagi buat ibu saya. Beliau resah, gelisah dan marah-marah. Sesekali macam dah hilang kesabaran. Saya tidak sanggup melihatnya. Semuanya komplikasi akibat saraf tersumbat, menyebabkan gangguan pengaliran darah kurang berjalan lancar. Mengikut kata penyelenggara perubatan di pusat dialisis di mana ibu mengikutinya 3 kali seminggu, ia berkemungkinan disebabkan dos ubat yang berlebihan dan ada ubatan yang perlu dihentikan.
Bila ibu marah-marah dan merintih, saya ketakutan tetapi sebenarnya lebih daripada kasihan. Beliau juga tidak mampu berjalan dengan lancar dan berpapah. Aduh!. Tolonglah saya Ya Allah. Sembuhkanlah ibu saya. Saya rasa sangat tertekan.
Dalam pada itu, saya bagai hendak pecah kepala juga mencari alternatif lain mengumpul dana pembiayaan pembedahan ibu di hospital swasta sekiranya keadaan terdesak, memandangkan tarikh pembedahan di hospital kerajaan jummat depan,lama lagi. Yang saya mampu memohon kepada Allah supaya ibu saya sabar menunggu. Alhamdulillah, ada insan berhati mulia, sahabat saya Siti Fatimah membantu meminjamkan sedikit dana di saat-saat begini. Namun masih belum mencukupi. saya sedang mencari.
Ya Allah, sembuhkanlah ibuku. Permudahkanlah urusan ibuku. Sabarkanlah dirinya menghadapi dugaan ini. Tenangkanlah hatinya, sementara menunggu pembedahan jumaat ini. Cepatlah hari jumaat. Insha Allah, selepas pembedahan, semuanya kembali normal.
Mak... bagi anak mak ini, maklah yang paling utama, dan rasa hati kita sama. Mak.. sabar mak!. Allah bantulah ibuku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan