Selasa, Disember 01, 2009

Senyumlah

Lebih kurang dua minggu lagi saya akan bergelar pelajar semula. Saya rasa bersyukur kerana rezeki yang saya dambakan sekian lama ini menjadi kenyataan. Saya lebih bersyukur kerana dikhabarkan bahawa saya adalah kumpulan terakhir yang menerima hadiah biasiswa latihan persekutuan ( HLP) kerana selepas ini kerajaan Malaysia akan menghentikan pemberian biasiswa ini untuk sementara waktu. Rasa bertuah ini saya galas dengan penuh tanggungjawab untuk menjadi pelajar sarjana yang bijak ilmu tetapi tetap merendah diri. Ini kerana saya merasakan semakin banyak yang saya pelajari, semakin mengetahui jua kekurangan diri. Untuk maju bukan sahaja memerlukan semangat yang luar biasa tetapi jua kawalan emosi yang luar biasa. Kumpulan saya juga akan diserap mengisi jawatan pensyarah yang akan ditentukan kemudian sekiranya tiada aral melintang sebaik selesai pengajian sarjana. Saya bersyukur lagi kerana perkhidmatan diambilkira dari mula saya mengajar sebagai guru dan diberi peningkatan gred dari awal saya berkhidmat sebagai guru. Alhamdulillah, senyumlah dengan penuh syukur.
mata hati: Gred atau apa-apa pun hanya indikator biasa yang dicipta sebagai penentu aras untuk berjaya. Indikator utama pada saya sama ada saya rasa diberi hidayah dan dipermudahkan urusan olehNya setiap hari. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w