Ahad, Disember 13, 2009

Hari Pertama di UPSI








Alhamdulillah. Di sinilah tempatnya saya mendaftar sebagai pelajar sarjana semalam. Hari pertama di UPSI. Satu hari yang sangat panjang dengan segala macam perkara yang mesti diuruskan dalam masa satu hari. Saya rasa sedikit penat tetapi teruja. Lebih kurang 350 pelajar sarjana dan doktor falsafah mendaftar tidak termasuk beberapa pelajar antarabangsa. Amanat Prof. Dr Omar Abdull kareem ketika sesi taklimat di Dewan SiTC saya sematkan dalam-dalam bahawa pelajar sarjana mesti telah memulakan rancangan penyelidikan walaupun disertasi akan dilaksanakan semester 3 dan 4. Semasa intervensi waima di Dewan SITC, saya ditekankan belajar secara pasukan sangat penting.
Saya sampai jam 8.30 pagi di Dewan SITC bersama ratusan pelajar lain. Berkenal-kenalan dengan mereka sesuatu yang menarik kerana perbezaan latar belakang , mod program, jurusan, pelajar fresh atau bekerja menjadikan banyak perkara yang dapat dikongsi bersama. Saya masih ingat, malam sebelum hari pendaftaran, saya tidak dapat tidur lena, berdebar pun ada kerana keterujaan dan sedikit bimbang dengan pilihan subjek dan siapa penyelia disertasi. Saya juga berjumpa dengan rakan HLP yang sama bilik ketika Intervensi. Selain itu saya berjumpa rakan sekerja di sekolah lama yang juga mengambil sarjana. Dan yang paling saya kagum, saya berjumpa guru tuisyen bahasa Inggeris ketika saya di Tingkatan 5 yang kini telah bergelar Profesor Dr.. . Senangnya laluan Prof.
Sesi pendaftaran berlangsung dengan prosedur melengkapkan fail peribadi, mendengar taklimat mod program , ICT dan Pusat Sumber Maklumat, membuat kad matrik ( saya suka dengan kad pintar dan gambar saya kali ini tidak selekeh seperti saya first degree) , pendaftaran kursus dan subjek sebelum ikrar pelajar.
Ketika di Auditorium ,entah kenapa air mata saya mengalir tatkala Negaraku dinyanyikan bersama-sama mengikut rentak perkasa sebaik selepas ikrar pelajar. Saya merasakan cukup bertuah sekali bergelar pelajar sarjana ketika orang lain mengalami laluan sukar. Selepas selesai majlis ringkas, saya bersama rakan-rakan sejurusan terus ke makmal teknologi pintar dan mendengar pula taklimat Dekan FTMK. Sesi soal jawab berlangsung dan saya dapati pesyarah dan kakitangan FTMK sangat mesra dan melayan semua pertanyaan sebaik mungkin. kami dibekalkan dengan pen drive dan buku rujukan APA iaitu rujukan standard yang digunakan untuk disertasi.
Terima Kasih banyak-banyak kepada Mister saya yang bersama-sama sepanjang hari pendaftaran dan rasa restu ini sangat bermakna untuk saya sedari awal restu suami sangat penting di dalam kejayaan pengajian sarjana saya.
Dan.. khamis ini bermulanya kuliah pertama saya di UPSI.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w