Selasa, Disember 15, 2009

Kecil Tapi Besar


Tiba-tiba PC dan Netbook saya buat hal. Saya terdesak untuk menggunakannya kerana terlalu banyak data untuk dikemaskini. Saya dikehendaki mengemaskini data myUPSI Portal. Saya suka kecanggihan sistem e-community ini di mana ia adalah diari elektronik untuk saya menyusun jadual, waktu temujanji dengan pensyarah, berhubung dengan coursemate, membuat rancangan penyelidikan apatah lagi membuat daftar kursus!. Kecanggihan ini sangat memudahkan saya dan sekalung tahniah untuk UPSI. Maklumat di hujung jari di mana-mana saya berada.

Berbalik kepada PC dan Netbook tadi, saya hampir menemui jalan buntu. Ia bermula apabila PC saya shut down banyak kali ketika saya membuat aplikasi Internet dan kali ini semakin kerap. Netbook saya pula tiba-tiba tidak mahu meneruskan aplikasi internet walhal sebelum ini letaklah di mana-mana bahagian penjuru rumah, tiada masalah langsung link dengan wifi. Rasa sangat terputus dengan dunia luar walaupun Netbook ini mengalami kejadian ini hanya semalam!.

Hari ini kepala saya sakit lagi jadi saya mengambil sedikit masa untuk tidur. Selepas selesai memasak hidangan tengahari gulai masak lemak cili api daging kentang dan petola goreng udang dan menikmati juadah itu dengan Mister saya, saya berehat dan tidak sedar tertidur. Petang sedikit saya bangun dari tidur tetapi masih belum pulih sakit kepala. Aduhh!. Selepas maghrib saya membaca kalimah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi sambil berdoa dengan penuh yakin supaya Allah membantu saya supaya saya dapat membuka internet. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Saya dapat membuka PC ini yang hampir 2 minggu "tidur".
Situasi ini nampak kecil tetapi ia signifikan yang besar kerana pada saya selagi mana kita berhubung denganNya dalam apa jua yang kita lakukan sehari-hari, pasti akan ada pertolongan datang. Bolehlah saya menarik nafas lega, proposal penyelidikan dan pendaftaran subjek telah siap dicetak dan hanya menunggu masa untuk dihantar khamis ini. Bolehlah saya berjalan makan angin dengan Mister saya esok kerana semua kerja telah dibereskan dengan bantuan Allah.
mata hati: Syukur kepada Allah, sakit kepala berhari-hari inipun dah semakin sembuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w