Rabu, April 27, 2011

nak makan macam-macam

Hari ini saya memandu ke Putrajaya dalam keadaan 1/4 mengantuk. Mengantuk disekalikan dengan tak da mood. Tapi kalau pasal makan terlebih-lebih pulak moodnya. Saya sedar kebelakangan ini keinginan makan yang macam-macam sangat meluap-luap. Dalam perjalanan, kami singgah di Jejantas Sg Buluh untuk menikmati KFC Chicken Chop. Kais pagi makan chicken chop, kais petang chicken chop lagi macam iklan kat radio. Ye sungguhlah kais tu dengan chicken chop. Perjalanan diteruskan dan sebaik sampai di Precint 8, Kompleks Kerajaan Parcel E terlebih dahulu saya mencari tempat parkir. Syukurlah, tempat strategik kami dapat. Rezeki tu.
     Kemudian kami naik ke aras 2 untuk mendapatkan surat kelulusan penyelidikan.  Oleh kerana sampai dah 12.50 tengahari, ramai dah tak da kat ofis, kami pun lepak di tempat menunggu ruang tetamu sambil melayari internet melalui telefon. Pukul 2 baharulah kami dapat menyelesaikan urusan surat menyurat tadi.  Mood saya kembali tiba-tiba. Tadi macam "swing" je. Hmmm.
     Dalam perjalanan pulang sebelum menghantar rakan kuliah di Komuter Rawang, kami singgah lagi di Jejantas Sg Buluh. Kali ini menunaikan solat zohor. Dan, makan lagi. Makan lagi? Makan aiskrim Corn Dessert. Dan agaknya saya akan makan lagi di gerai berhampiran komuter sekiranya bihun goreng basah 'kaw' dah tersedia untuk di'order'. Memang sedap lain macam. Malangnya belum ada. Makan secara sihat tak saya ni sebenarnya? Dahlah ramai orang tegur berisi. Hmmmmmm...

1 ulasan:

  1. ye betul tu.. makan kena teratur dan yang berkhasiat.. sementara belum betul2 berisi baik berjaga-jaga eh.. gud luck

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w