Selasa, Ogos 12, 2008

Bukan Sekadar Guru Matematik

Sambil menonton Kisah Kaisara, fikiran saya terlayang sekejap dengan apa yang telah berlaku pada anak Puan Kartini Abu Bakar. Di manakah kasihan belas pengurusan sekolah anaknya dengan sekadar membiarkan kecederaan berlaku tanpa melaporkan kepada ibu bapa. Pedulikan siapa yang betul atau salah tetapi apa yang lebih penting adalah laporan telus tentang apa yang telah terjadi. Sebagai ibu yang mengetahui kecederaan anaknya sudah tentulah hati luluh-itupun begitu lewat dan hanya mengetahui setelah melihat kesan-kesan darah pada baju si kecil ketika berada di rumah. Saya rasa geram bila melihat gambar anak kecil itu di telefon bimbit milik beliau. Sabarlah, Allah sentiasa berada di pihak yang benar.

Secara peribadi, beliau adalah seorang lagi insan yang dekat di hati saya -bukan sekadar hubungan rakan sekerja malah sudah seperti adik beradik. Itulah Puan Kartini. Acapkali saya melihat beberapa pelajar berjumpa beliau untuk membantu menyelesaikan permasalahan matematik.

Seorang lagi guru yang saya sifatkan "the best sifu" adalah Encik Teh Tatt Leong. Saya melihat beliau dan matematik ibarat irama dan lagu. Tadi, ketika saya berada di dewan, suara Encik Teh yang sedang memarahi pelajar nakal di kelas bergema memecah keheningan suasana peperiksaan percubaan PMR. Gema suara seriusnya jelas dari kelas 3 Siantan dan 3 Seroja. Dedikasinya Encik Teh ini telah lama menjadi perbualan di SEMEKAR. Saya tabik dengan usaha beliau untuk membantu pelajar untuk berjaya. Namun adakah pelajar menghargainya?

Saya juga banyak bertukar pendapat mengenai tips pengajaran dan pembelajaran daripada Encik Teh termasuklah tentang jati diri dan sahsiah 2 Raflesia. Di kelas 2 Raflesia beliau dikatakan "top ranking" di kalangan kumpulan pelajar ini.

Puan Kartini dan Encik Teh bukan sekadar guru matematik malah lebih dari itu.

2 ulasan:

  1. Yeah, I still can feel the good and dedication of teachers in school. In campus life, we are not that close with our lecturers, except one or two (me personally, as I was a leader in college). Even though claim says that more attention in small class, but if we don't ask or tell, lecturers will not approach us.
    Differ from school, teachers will know what are the weaknesses of students. Take Mr Teh for instance, before we make any mistake, he is already there to remind us to avoid any possibilities.
    Time passed cannot "replay".

    BalasPadam
  2. once i in form 1 rafflesia..min tk pandai menghargai guru..but this year min tau mane guru yang selalu bantu kawan2 min kat 2 rafflesia..one of them is sir teh sendiri...semakin lame min belajar dngn sir semakin min paham konsep pembelajaran...sir....

    k that all..and teacher thankz for visit my blog...if have visit again..k.

    from:: min@missniigaki yumi

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w