Selasa, Ogos 05, 2008

Kita Semua Sama

Semalam saya mendengar ucapan motivasi PK1 kami-Pn Norzida Ab Muin di tapak perhimpunan SEMEKAR. Saya tertarik dengan isi ucapan itu- belajar memaafkan dan tidak berdendam. Teringat pulak lagu Aishah- Kemaafan Dendam Yang Terindah. Pada saya memaafkan dan tidak berdendam selain dimuliakan Allah darjatnya, ia juga memendidik diri kita supaya sedar betapa kerdilnya kita disisi Allah. Kita semua sama. Yang membezakan amalan di sisi Tuhan.
Dah lama rasanya tidak berbual panjang dengan Pn Norzida, antara rakan sejawat yang bukan sahaja saya sifatkan sebagai boss yang bervisi malah seorang kakak yang dekat di hati saya. Kesibukan tiada sempadan tetapi untuk berkongsi rasa hati, ia tidak sesekali menghalang. Tahniah. Rezeki mencurah-curah dapat DG48.

RINDU TAPI JAUH

1 ulasan:

Solat Cara Nabi s.a.w