Ahad, Ogos 03, 2008

Strategi & Situasi

Anak-anak pelajar yang dikasihi,

Renung dalam-dalam sebelum berbuat sesuatu yang boleh mengecewakan ibu bapa anda. Anda tidak sedar implikasi yang akan diterima ibu anda atas apa yang anda lakukan. Semalam, hati saya benar-benar tersentuh. Saya tidak dapat meluahkan seawal mungkin di medan mata hati ini kerana tidak dapat permulaan yang sesuai. Mungkin juga terlalu letih menghadapi peristiwa itu ,semalam!.
Saya sedih kerana luahan hati si ibu yang malu dan sedih di atas perilaku anaknya yang sepatutnya tidak dilakukan. Bertambah sedih, saya yang sebenarnya lebih mengetahui perilaku anak didik saya ini tetapi ada orang lain menyampaikannya terlebih awal tanpa mengambilkira situasi si ibu . Secara peribadi, saya tidak gembira. Saya memandang dari mata hati, pertama menjaga hati si ibu dan kedua menyusun strategi bijak iaitu "reversed psycology" untuk berhadapan dengan anaknya. Saya rapat dengan ibunya dan saya sayang anak didik saya.
Kepada anak-anak didik di luar sana, anda memang kejam jika anda mengecewakan ibu bapa anda dan kepada kita yang sudah dewasa, batas dan sempadan tetap ada untuk memberitahu apa sahaja kebenaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w