Sabtu, Ogos 09, 2008

Sabar

Saya memerincikan punca amarah saya terhadap seseorang, ketika suami saya bersiap-siap ke tempat kerja awal pagi ini. Seperti biasa, suami saya dengan senyuman menguntum di bibir akan memotivasi saya. Walaupun hanya mengeluarkan ayat ringkas " buat tak tahu saja", saya rasa amarah saya seperti semakin hilang. Ayat itu memberi isyarat supaya saya belajar bersabar dan melupakan sahaja peristiwa itu.

Benar, manusia mempunyai cara mereka sendiri tetapi ia menjadi sesuatu yang menjengkelkan jika ia tidak mengikut situasi. Saya pula bukan bermaksud "masuk lif tekan sendiri" disebabkan saya lulusan komunikasi. Apa yang saya cuba sampaikan dan untuk renungan saya sendiri adalah pentingnya berkomunikasi secara berkesan dan berhemah. Menurut Dato' Dr Fadzilah Kamsah, komunikasi berkesan merujuk kepada tuturkata membelai, sopan dan bukan arahan-arahan yang menjengkelkan situasi dan halwa telinga.

Apa perasaan anda, bila seseorang yang anda kenali memberi arahan-arahan menjengkelkan terhadap anda tetapi pada masa sama mahukan anda membantunya. Anda berusaha membantunya walaupun ketika itu anda baru sahaja sampai ke tempat itu dan terlalu penat sehingga makan pun tidak sempat dek tuntutan kerja sejak awal pagi. Sebaik sahaja sampai ke tempat itu, tanpa "eye contact" dan pertanyaan mesra, maka keluarlah arahan-arahan umpama ketua pemimpin negara. Wah! nasib baik saya, jika orang luar, sudah tentu mereka cabut lari dulu dan memandang rendah.

Dalam hal ini, saya suka meminjam tag line Puan Mazliana Moktar- Forgive But Not Forget. (Boleh memaafkan tetapi tidak untuk melupakan ). Saya bersabar kerana ingin mendapat pahala dan satu lagi kerana yang memberi komunikasi menjengkelkan ini adalah saudara saya sendiri. Wallahualam.

1 ulasan:

  1. mastura,
    it is high time you started the techniques we just learnt today. i dont really know the cause of your anger, or rather who was that culprit, but life 's like that, right?

    ps good to see you smile ....

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w