Ketika membuat soalan latih tubi kertas 2 dari negeri Johor, sebagai persediaan menghadapi PMR yang hanya tinggal lebih kurang tiga minggu, saya buat kali pertama terpaksa menggunakan bahasa Melayu. Hampir 3/4 daripada percakapan dan mesej yang saya cuba sampaikan di dalam kelas 3 Melati hari ini adalah bahasa Melayu!. Mengapa? Kerana saya rasa mesej saya sebelum ini tidak sampai. Apa tidaknya, jawapan yang diberi tidak ada kualiti dan malah mengulangi kesilapan sama walaupun telah diberitahu banyak kali teknik dan tips menjawab. Atau mungkin kebanyakan mereka letih menghadapi latih tubi setiap hari dari subjek berlainan maka apabila diminta membuat karangan, tidak ada persembahan yang menghiburkan. Peperiksaan semakin dekat tetapi keadaan masih suam-suam kuku....
Saya lihat semua pelajar yang agak bising pada mulanya diam seketika. Barangkali mesej berikut telah betul-betul sampai ke hati mereka.
1. Guru yang bijak perlu tahu formula menarik perhatian pelajar ke akar umbi terutama saat-saat genting seperti sekarang.
tahniah cgu : kerana terkelompok di kalangan orang yang menjadikan NIAT di atas segala - galanya.saya yakin hidup ini umpama main BOOMERANG. kita memberi dan seterusnya menerima....semuga kita di berkatinya
BalasPadamdan lagi : seronok baca kerisauan cgu.sya ada baca sebuah buku teknik untuk MEMBINA PENGARUH. Cgu fitrah manusia akan menentang perubahan , tapi dia akan berubah kalau dia SUKA...semuga segala komitmen kita akan berbaloi untuk generasi mendatang....
BalasPadam