Selasa, Oktober 21, 2008

Eratnya Ukhwah(Rumah Terbuka)



Alhamdulillah, secara peribadi saya dan suami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan Terima Kasih kepada semua tetamu jemputan yang dimuliakan di atas kesudian berkunjung ke kediaman kami pada ahad 19/10/08 bersamaan 19 Syawal 1429 H, ahad bermula 2.00 petang sehingga jam 11 malam sempena rumah terbuka sambutan Aidilfitri. Sukar hendak digambarkan betapa gembiranya kami melayani tetamu yang sudi hadir walaupun kepenatan teramat kerana acara masak memasak bermula jam seawal 4. 30 pagi lagi. Itu tidak termasuk penat meraikan pelajar tingkatan 5 di dalam Majlis Graduasi di UIA hari sebelumnya. Fuh.. namun itu tidaklah menjadi hal kerana apa yang lebih penting keukhwahan sesama kita dan tradisi ziarah menziarah ini adalah acara wajib SEMEKAR setiap tahun . Saya percaya orang lain juga begitu. Jutaan Terima Kasih khususnya juga ditujukan kepada keluarga mertua terutamanya mak yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada saya untuk menyelenggarakan menu dan juadah untuk tetamu. Ramai rakan sejawat meramalkan saya akan MC tetapi, cabaran mereka disahut dengan positif bahawa pada hari Isnin saya mesti hadir walaupunnnn....penat tahap maksima. Akibat kepenatan , saya tertidur juga di kerusi empuk Kak Kelly di bilik guru.
TERIMA KASIH DAUN KELADI, JANGAN LUPA DATANG LAGI....
1. Datin Zaharah Basharuddin dan Dato' Salleh 2. Puan Nik Hasmah Nik Mohamed 3. Puan Norzida Ab Muin 4. Puan Norhayati & anak 5. Puan Norishah & anak-anak 6. Puan Nor Mariha 7. Puan Siti Pauziah 8. Puan Anita& Suami serta anak-anak 9. Puan Faizah 10. Encik Jamil Aris & Suami dan anak-anak 11. Puan Nor Anisah & Suami dan anak-anak 12. Puan Hajah Mazliana & Suami dan anak-anak 13. Puan Norakmar& Suami dan anak-anak 14. Puan Hajah Rahimah& Suami dan anak-anak 15. Puan Suzana& Suami dan anak-anak16. Puan Ramlah& suami dan adik1 7. Puan Nuni Nadia & suami dan anak-anak 18. Puan Jamani Omar& Suami dan anak 19. Puan Norizan & anak-anak 2o. Puan Suhana & Suami dan anak-anak 21. Puan Hartini & anak-anak 22. Puan Fatimah Zakaria& Suami dan anak-anak 23. Puan Hasliza Alwi& Suami dan anak-anak 24. Puan Endahwati & suami& anak-anak 25. Puan Zawiyah & suami dan anak-anak 27. Puan Norazlin & Suami dan anak-anak 28. Puan Azliza& Suami dan anak-anak 29. Puan Durawati & anak-anak 30. Puan Suzanna( Pejabat) &suami serta anak-anak 31. Puan Seong( Pengusaha Kantin) & Suami 32. Azman & Aju 33. Affendi & Umai 34. Encik Hamidi & Famili 35. Fazli & Mastura 36. Che Mi & Famili 37. Rahim & Norita 38. Farid, Muhaira & Famili 39. Encik Rejab & Famili40. Encik Hamdan & Famili 41. Encik Azmi & Famili 42. Cik Maimon 43. Kak Zai and Famili 44. Kak Mar & Famili 45. Suguna & Famili 46. Kak Zah & famili 47. Kak Rodhiah & famili 48. Puan Rahimah & anak-anak 49. Haslina & family 50. Adik & Group Jelita Uitm Shah Alam& ( 12 orang)51. Group Bochalon Bkt Badong ( 20 0rang), 52. Omar & Famili, 53. Zul & Famili.
Saya memohon maaf kepada mereka yang menjemput saya ke rumah terbuka pada hari yang sama kerana tidak dapat turut serta seperti Encik Saufi YDP PIBG, Cik Rahimah dan Puan Aziah. Juga, walaupun sedikit sedih kerana keluarga saya tidak dapat turut serta disebabkan adik lelaki saya kurang sihat, hari esok sentiasa terbuka untuk mereka dan sesiapa yang ingin berkunjung ke rumah kami. Kepada yang tidak dapat hadir, saya sangat memahami kekangan yang dihadapi krana tidak semua yang kita rancang itu akan berjaya. Namun saya lebih hormat kepada mereka yang berjumpa saya secara peribadi mahupun memaklumkannya melalui sms daripada berdiam diri. Rasa sangat dihargai.Terima Kasih banyak-banyak.. Tahun hadapan ada lagi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w