Selasa, Disember 02, 2008

Bila Saya Redha


Semalam, ketika saya ke sekolah untuk menyelesaikan beberapa urusan berkaitan susun atur dan skema warna untuk pusat akses yang masih belum diberi nama, saya berkesempatan bertanyakan penolong Kanan 1, Puan Norzida Ab Muin tentang tugas rasmi saya tahun hadapan. Sedikit sebanyak pecahan kelas dan waktu yang saya akan ajar telah pun saya ketahui daripada Ketua Panitia, Cik Rahimah Mohtar bersama pecahan tugas-tugas lain lagi. Di samping tugas pengajaran dan Pembelajaran untuk 4 kelas peperiksaan iaitu 3Raflesia, 3 Melati, 3 Kenanga, 3 Siantan dan 2 Dahlia yang sedia berat, saya juga ditugaskan untuk melaksana dan mengaplikasi segala ilmu yang saya perolehi sepanjang kursus Perkongsian Pintar Bahagian Teknologi Pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini bermakna saya dikehendaki menjadi jurulatih untuk sekumpulan atau semua guru SEMEKAR dengan mengaplikasikan Project Based Learning secara on line melalui ThinkQuest. Com. Ia adalah projek besar dan dipantau. Berilah saya kekuatan untuk melaksanakan tugas ini tahun hadapan Ya Allah!.

Dengan sasaran satu guru satu kelas, berkemungkinan besar pencerapan P&P tahun hadapan adalah dengan melihat keboleupayaan guru-guru SEMEKAR mengaplikasi project based learning mereka melalui kolaborasi P&P yang terkandung di dalam sukatan pelajaran. Fuh!! Saya memikirkan strategi saya sebagai JU(Jurulatih Utama) tahun hadapan. Itu dan ini dan macamana2 lagi yang saya mengakuinya saya mulai rasa sarat.
Namun di sebalik semua ini, saya lebih sarat memikirkan strategi berkesan yang benar-benar akan mengukur kecekapan saya untuk mengemudi kelas rancangan khas 3 Raflesia tahun hadapan. Dengan sasaran 100% A untuk kesemua 27 pelajar dan seperti yang diketahui 3 Raflesia adalah kumpulan pelajar perintis kelas Rancangan Khas. Semua akan memandang, mengharap dan macam-macam lagi terutama kepada pelajar dan guru yang mengajar. Malah jangan dilupakan langsung 3 kelas peperiksaan yang lain dan 2 Dahlia yang akan dikenali sebagai 2 Jasmin tahun hadapan.
Ketika berbual dengan Ketua Bidang Bahasa, Puan Haslina Zainal semalam, saya mendapat elemen-elemen yang merangsang saya berfikir lebih jauh tentang strategi berkesan yang saya sedang fikir-fikirkan ini. Kata Puan Haslina, guru yang biasa-biasa( sederhana) mengetahui format dan teknik menjawab tetapi akan membiarkan pelajar berdikari mencari sumber dan jawapan yang betul. Guru yang cemerlang akan menyediakan formula dan teknik bersama frasa serta ayat gantian yang tersedia di hujung jari bila-bila masa yang dikehendaki tanpa mengambilkira penulisan pelajar itu sangat kreatif dengan itu tidak perlu dipandu mahu pun pelajar yang tidak boleh menulis dengan baik disebabkan kegagalan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Malah katanya lagi, guru cemerlang terus memandu pelajar dan tidak sesekali membiarkan pelajar berdikari mahupun terkapai-kapai mengikut rentak sendiri!. Malah guru cemerlang bijak pila merencanakan skrip jawapan gantian untuk pelajar -pelajar yang kurang menguasai bahasa Inggeris. Lagi satu, salah membiarkan pelajar hanyut dengan penulisan mereka kerana sebijak mana pun mereka ini, sebenarnya mereka sangat terikat dengan format dan teknik untuk cemerlang.
Aliran pendidikan berorientasikan peperiksaan yang menjurus kepada berapa banyak A yang diperolehi sejak sekian lama ini diakui memberi sedikit tekanan kepada warga pendidik dan pelajar tetapi adalah baik saya memandangnya dari sudut positif, semakin saya berhadapan dengan cabaran semakin saya banyak berusaha menghasilkan sesuatu yang paling baik.

Dan kejayaan sebenar pada saya adalah menghadapi apa jua cabaran dengan jiwa yang tenang dan redha. Sebenarnya apabila diamat-amati , saya dapati bila jiwa saya redha dengan sesuatu cabaran maka usaha merangka strategi berkesan untuk menghadapi apa jua cabaran itu akan menjadi lebih mudah lagi. Saya percaya anda di luar sana juga begitu. Wallahualam.

P/s Gambar diatas.
Pujian untuk Chang Pik Khay & rakan-rakan kerana begitu menghargai guru yang pernah mengajar mereka yang tidak lagi mengajar semasa tingkatan 5. Jarang benar pelajar yang menghargai bekas guru yang mengajar mereka ketika berada di tingkatan 3. Saya amat menghargainya walaupun tidak diminta untuk dihargai begitu.

2 ulasan:

  1. Lama tak jengok blog cgu - cgu sekolah SEMEKAR : dekat bt 16 kan...saya pernah ke sana buat ceramah dengan Puan Rachel ( kalau tak salah )......

    BalasPadam
  2. cikgu..
    sya sntiasa hargai cikgu yg prnah mengajar sya bhasa inggeris di tingkatan 2 dinamik n 3 mawar..
    hope u still remember me as ur students...
    msih kah cikgu ingat pelajar yg brnama nur farhana bt mohd salehuddin..

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w