Rabu, Disember 03, 2008

Kalaulah Saya Dapat


Pagi ini saya terpaksa memperlahankan sedikit segala urusan rutin di rumah dan di luar disebabkan perut memulas. Saya bercadang untuk menziarah ibu saya di Seremban petang ini tetapi perlu menyelesaikan terlebih dahulu semakan tawaran tajaan pendidikan di peringkat sarjana yang akan dibuka jam 2 petang ini di laman web KPM. Sementara menunggu perut saya reda, saya habiskan masa mengemaskini MATA HATI. Disebabkan semuanya memerlukan penelitian dan on line, saya perlu ambil masa. Tambahan lagi, telah lama saya memendam di dalam hati untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana (Masters) yang sepatutnya telah saya mulakan sejak lama dulu.
Kalaulah Allah memberi rezeki ini kepada saya, alangkah bahagianya. Saya berkira-kira untuk mengambil jurusan Pengurusan ataupun Teknologi Maklumat. Namun semuanya bergantung kepada rezeki. Kalau tidak dapat, itu bukanlah rezeki saya.
Muhasabah diri:
Sesuatu yang dikurniakan Allah adalah mengikut apa yang kita perlukan buat masa ini dan tidak semestinya apa yang diharapkan akan diperolehi. Saya selalu berfikir begitu supaya dapat mendidik diri saya untuk lebih mengenal Allah.

2 ulasan:

  1. Semoga jalan berikutnya lancar belaka. Tuhan akan selalu rahmati orang yang berusaha tanpa bertanyakan keputusan.
    Akhirnya, dapat juga saya tatapi nukilan ciku, setelah berzaman (ha3) menunggu di depan komputer riba (di riba?) ini.
    Untuk makluman cikgu, keputusan SSABSA akan diumumkan lebih kurang pada minggu sebelum Hari Natal. Wish me luck, teacher! Take care! (So long haven't write in Malaysian, so just for practice)

    BalasPadam
  2. Chuan Tuck,
    Tiba-tiba saya teringin pula membalas catatan Chuan Tuck di dalam bahasa Melayu. Sesekalibagus juga kita berbahasa Melayu selain bahasa Inggeris ye..
    Sebagai pelajar yang serba boleh, saya doakan Chuan Tuck akan dapat menyambung pengajian ke New Zealand. Gerak hati saya merasakan Chuan Tuck akan dapat terbang ke sana. Benar, usaha berterusan dan tanpa terlalu memikirkan apa yang akan diperolehi selepas berusaha sebenarnya itulah orang yang berjaya.Kita sama-sama mengejar cita-cita dan sudah tentu kita belajar dari pengalaman sebelum membuat refleksi dan akhirnya menyedari"oh..sebenarnya aku boleh buat". Sesekali bila Chuan Tuck menggunakan bahasa Melayu, saya merasakan lebih dekat di hati.
    Kalau dapat ke New Zealand, jangan lupa Malaysia. Kalau tidak dapat, terlalu banyak peluang menanti untuk pelajar seperti Chuan Tuck.
    Jaga diri.

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w