Selasa, Februari 24, 2009

Batik dan Hari Khamis


Ada sesuatu yang menarik perhatian saya dan ia berlaku setiap khamis. Selaras dengan usaha kerajaan memperkasakan pemakaian batik di kalangan kakitangannya, di SEMEKAR ia dilihat sebagai fenomena menghargai seni budaya yang pelbagai apabila semua kakitangan tanpa mengira bangsa mengenakan batik sama ada semasa acara rasmi mahupun setiap hari khamis.
Saya sendiri tidak boleh menahan perasaan apabila melihat batik begitu indah tatkala dikenakan kepada pemakainya. Citarasa saya adalah batik sutera ekslusif yang menonjolkan keunikan campuran warna dan motif yang sangat unik dan tersendiri. Yang menariknya ia adalah cetakan untuk satu unit sahaja, tiada dua atau tiga. Secara peribadi saya suka batik sutera dibuat kurung pesak gantung dengan kain susun tepi. Awas, dek kerana terujanya saya pada batik, saya juga diminta memilih motif dan warna untuk rakan-rakan sejawat. Tanyalah Puan Khaleeda dan dia sangat mengetahui citarasa saya malah kami menghantar baju untuk dijahit ditempat yang sama. Saya juga telah membeli batik daripada Hajah Mazliana, MLM.
Apakah perkaitan batik dan kehidupan saya? Batik menyemarakkan hari khamis saya dan saya bersyukur sebab saya diizinkan Allah memiliki batik , yang lama saya idamkan. Kalau Allah tidak izinkan, maka saya tidak dapat memiliki batik seperti yang berlaku tahun lepas. Alhamdulillah, keizinNya selain bersifat nikmat, ia juga dugaan untuk saya!.

1 ulasan:

  1. Seriously, I love Batik. I bring along with me two Batik shirts all the way from Malaysia to Dunedin. Ha3, yet I don't think I have the chance to wear it. D**n cold here, and Batik is suitable for hot weather.
    I'm fine here, so far. Thinking to post some postcards back to Malaysia soon.

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w