Isnin, Mei 11, 2009

Menerima Isyarat


Apa sahaja yang berlaku yang tidak terjangkau dek akal fikiran kita, sebenarnya Tuhan telah menyusunnya dengan begitu baik sekali. Jika kita bermonolog dengan Tuhan dengan memastikan ia dilakukan tanpa gagal selagimana kita merenungi ketelanjuran kita dalam konteks hubungan sesama manusia, kita sebenarnya menghala ke jalan pulang. Biasalah, pergi jauh, jauh sikit, setapak demi setapak tanpa kita sedari, separuh sedar , dipimpin ke jalan pulang itu... arghh!.

Kita teroka hati kita dengan cara paling dalam dengan bersangka baik terhadap Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang terbaik untuk umatNya. Kita sulami dengan pengakuan bahawasanya kitalah manusia paling kerdil yang memohon pertolongan Allah dengan rasa rendah hati , memohon Taufik dan InnayahNya dengan bersungguh-sungguh.

Allah itu Maha Mendengar. Dengan penuh kasih sayang, saya diberiNya 'sesuatu' sehingga saya mampu mula pulih dan kembali tersenyum dan ceria mulai hari ini. Ramai rakan-rakan menegur. Saya hanya tersenyum dan berbisik di dalam hati... "Alhamdulillah walaupun sangat sukar tetapi apabila saya mula maafkan orang yang mengguris hati sehingga menghasilkan luka begitu dalam, maka seluruh tubuh badan mula menerima isyarat. Ia satu perjalanan untuk kembali ceria. Dalam hati saya menyebut nama Allah tanpa henti . Yang lain-lain biarlah Allah membalasnya.

2 ulasan:

  1. salam untuk puan "mata hati" dan semua pembaca setia blog ini...

    saya mendapat maklum balas dari puan berkenaan tulisan saya...

    kepada puan "mata hati", disini saya ingin memohon maaf, dan saya ingin menyatakan, apa yang saya tuliskan tempoh hari tidak ditujukan untuk puan, tetapi untuk renungan bersama, sebab saya dimaklumkan, pengikut blog puan, ramai.

    sekali lagi, saya ingin memohon maaf, atas apa yang telah berlaku, sepanjang tulisan saya itu, terpapar di blog puan.

    dan kepada sesiapa yang terbaca tulisan saya, saya juga ingin menyatakan perkara yang sama,
    harap dimaafkan

    sekian.

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w