Jumaat, Disember 18, 2009

Memandu Ke Kuliah

Sekitar Majlis Ikrar Pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah
Sebahagian Pelajar Sedang Khusyuk Mencatat Sesuatu

Semalam, adalah hari pertama kuliah. Saya memandu berseorangan ke bilik kuliah Tadahan Selatan bilik 7 A UPSI dan ia memberi perasaan yang pelbagai. Rasa seram pun ada tetapi yang selebihnya adalah rasa teruja. Di dalam hati terdetik, bagaimana kuliah pertama subjek Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Dapatkah saya segarkan minda sedari awal telah lama tidak bergelar pelajar semula. Saya teringin memakai baju kurung cotton (kegilaan terkini) yang Mister saya hadiahkan memandangkan hari pertama jatuhnya hari Khamis, saya memilih batik.

Memandangkan ada temujanji dengan Institut Pengajian Siswazah berkaitan surat pengesahan pelajar( perlu difax ke BTKPM) , saya mesti memastikan saya keluar rumah jam 11.30 pagi. Saya menyiapkan juadah tengahari jam 10.30 pagi sebelum bersiap-siap ke tempat kuliah. Oleh kerana masih kekenyangan selepas bersarapan, saya asingkan juadah sawi goreng sotong, ayam goreng dan telur dadar di dalam bekas siap-siap sebagai bekalan dan sempat memesan supaya Mister saya makan tengahari sebelum ke tempat kerja jam 2 petang. Dan saya membaca doa sebelum memulakan perjalanan, mudah-mudahan perjalanan lancar.

Wah! masuk sahaja di dalam pintu pagar UPSI , saya mencari-cari IPS yang sebenarnya ada di depan mata yang kebetulan ada tempat letak kereta kosong. Selesai meletak kereta, selesai melihat jam tepat 12.10 tengahari, saya rasa lega sekali kerana selamat sampai. Saya terus menghubungi Mister saya. Maklumlah, saya terlalu baru di UPSI dan segalanya masih terlalu asing. Selesai menunaikan solat zohor, saya dan rakan menikmati juadah tengahari.

Ketika kuliah bermula jam 2.30 petang , sesi seterusnya kami diminta memperkenalkan diri oleh Prof selain menerangkan course outline. Rata-rata pelajar terdiri daripada guru yang menyambung pengajian sepenuh masa. Melalui, pengamatan pertama saya Prof ini bijak mengawal situasi dan saya dapati kerana ilmu yang dimiliki menjadikan penyampaian beliau sangat senang difahami. Mudah-mudahan. Kuliah pertama berakhir dengan penekanan self learning study yang boleh didapati di dalam portal.
Namun di dalam perjalanan pulang, seram sejuk saya kembali lagi kerana sebaik sampai laluan Bukit Tagar, hujan menjadi begitu lebat dan ketika itu 150% fokus saya tertumpu sepenuhnya kerana pandangan yang kurang jelas. Hujan berlarutan sehingga saya selamat sampai ke rumah. Esok kelas bermula jam 8 pagi dan berakhir 2 petang. Memandu dan Memandu...lalalalalala.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w