Ahad, Ogos 22, 2010

Bila Rendang Rusa Menjadi

Alangkah indahnya hari ini. Terutama apabila apa yang dimasak menjadi. Lagi pulak terlalu jarang memasak rendang kecuali bila musim perayaan sahaja. Itupun masak beramai-ramai dan bukan seorang. Entah kenapa kalau  sebelumnya teringin memasak asam pedas, hari ini saya teringin makan rendang sebagai sajian berbuka. Saya lihat stok daging di peti ais dan apabila mendapati ada daging rusa, tanpa berlengah-lengah lagi saya terus membuat keputusan untuk memasak rendang. Abang ipar saya membelikan untuk kami baru-baru ini ketika "outstation" di Sabah.

Mister saya tidak bekerja hari ini  jadi dia turun ke dapur dan membantu saya memotong daging rusa kepada kepingan kecil sebelum dibuat rendang. Saya teruja untuk memasak dan pada masa yang sama  turut berbisik" entah menjadi  ke tidak rendang aku ini". Mister saya turut membantu membeli serai, santan dan kerisik kelapa sementara saya mengisar lengkuas, cili api, bawang putih dan merah.
Hari ini dalam Sejarah : Menyediakan Sajian Rendang Rusa
Sajian lain Mengiringi Rendang Rusa adalah Sup Kambing dan Sayur Campur
Dan lihatlah hasilnya. Saya puas kerana masakan yang sangat jarang saya menyediakannya "menjadi "dan sebelum berbuka puasa saya sempat memberi sajian rendang kepada jiran terdekat. Kami menikmati juadah dengan begitu berselera sekali  dan Mister saya boleh "memandang sepi" masakan lain  walaupun sup kambing adalah lauk kegemaran dan turut disajikan sebentar tadi. Hehehe.... dan hari ini murahnya rezeki apabila mendapat sajian spaghetti dan mee kari juga dari jiran terdekat
Alhamdulillah, nikmat Allah dengan rezeki semua ini dan paling gembira masakan saya menjadi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w