Rabu, Ogos 18, 2010

Juadah Sahur Membawa Berbuka

Kerabu Daging Goreng
Asam Pedas Ikan Parang & Bendi

Pagi tadi, dalam pukul 2 pagi saya tiba-tiba teringin menikmati masakan asam pedas. Walaupun rasa kepenatan kerana berjam-jam menyiapkan tugasan pengajian yang memerlukan kemahiran menganalisis dan mensintaksis, saya tetap teringin untuk memasak asam pedas. Kebetulan ikan parang baru sahaja dibeli semalam oleh Mister saya, jadi semakin 'berjodohlah" nampaknya saya untuk menikmati masakan Asam Pedas. Saya juga telah lama tidak menyediakan juadah ini berikutan bukan dalam senarai makanan  Mister saya..
Dalam pada itu, saya sediakan juga  Kerabu Daging Goreng sebagai  juadah ambahan. Teringat pula baunya seperti inti kebab di tanah suci dua tahun lalu.
Saya menikmati sajian ini  dengan rasa  lapang walaupun sedikit penat namun rasa seronok. Ini kerana selain saya tidak perlu membeli di Bazar Ramadhan, saya juga dapat kepuasan lain dengan memasak sendiri.  Sekaligus menjadi  juadah sahur membawa berbuka.

Balik dari UPSI jam 6.30 petang tadi, saya hanya tinggal memanaskan sahaja lagi juadah ini. Syukur, saya boleh menyempurnakan banyak perkara walaupun sibuk juga sebagai pelajar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w