Isnin, Ogos 16, 2010

Bukan Untuk Aku Seorang

Hari ini saya berbuka puasa seorang kerana Mister saya berkerja shif petang. Tetapi apalah sangat yang dirisaukan kerana masa berlalu begitu pantas. Sementara menunggu Asar, saya duduk di hadapan PC, sekarang , menguruskan tempahan bangkit kelapa rangup dan mini popia. Sebelum Zohor tadi, saya melipat kain baju yang membukit juga menukar set cadar bilik. 
 Ya Allah, berilah innayah dan petunjuk kepadaku wahai Pencipta diriku. Permudahkanlah segala urusanku setiap hari dan janganlah Kau palingkan hatiku sesudah Kau memberi aku Kenikmatan ini.
Hari saya sangat merasakan doa saya didengar dan terus dimakbulkanNya dalam masa tidak sampai sepuluh minit. Bersyukur kerana tempahan yang diterima untuk kuih bangkit kelapa rangup dan mini popia lebih banyak dari hari biasa.
Permudahkanlah dan makbulkanlah doaKu Ya Allah. 
"Aku berniaga bukan untuk aku seorang..."Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w