Rabu, Ogos 11, 2010

Merebut Ganjaran

Malam tadi saya bersama emak dan Mister saya menunaikan solat sunat terawih pertama di surau berhampiran di sekitar kediaman keluarga di Seremban. Tahun ini pembuka ramadhan yang bermakna apabila saya memulakan terawih bersama emak dan di Seremban pula. Walaupun Mister saya terikat dengan jadual waktu kerja yang padat dan hanya sekadar dapat bersahur bersama tetapi ia memberi makna mendalam apabila dapat menghabiskan masa berkualiti di surau dan bersembang bersama keluarga.

Di surau, saya dapati jemaah sangat ramai sehingga melepasi sempadan pintu. Saya dapati apabila saya berusaha mendapatkan kerusi untuk emak yang uzur (kedua-dua mata yang tidak dapat melihat), ia bukanlah halangan. Ramai yang membantu malah kesudian seorang jemaah mendapatkan kerusi yang lebih selesa menggantikan kerusi yang saya ambil di satu sudut pintu amat mengkagumkan saya. Baiknya hati orang ini. Di satu situasi lain pula, apabila saya membantu emak beralih dari dari duduk biasa kepada duduk di atas kerusi, ada seorang jemaah turut membantu mengimbangi badan emak. Berkali-kali saya mengucapkan terima kasih.

Tidak kira siapa dan apa juga situasi yang pastinya  terutama ketika ramadhan yang sangat penuh keberkatan ini, semua orang saya rasakan berlumba-lumba mendapatkan merebut ganjaran dariNya. Walaupun hanya sebesar kuman tetapi sedari awal niat kita membuat kebaikan, sudah pasti besar ganjaran disisiNya.
Saya mohon padaNya semoga saya dapat memperbanyak ibadah dan diampunkan segala kekhilafan. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w