Rabu, Mei 04, 2011

Masak Nasi Atas Api

Ini adalah periuk nasi kedua kami sejak awal perkahwinan. Periuk nasi pertama dihadiahkan oleh staff-staff sekolah pertama saya posting 11 tahun yang lalu, ketika saya masih sangat comel dan slim melim hehehe. Disebabkan periuk nasi pertama bersaiz besar menyamai untuk 6 orang makan, maka kami membuat keputusan untuk  membeli yang bersaiz comel sekadar 2-3 orang makan. Praktikal dan nampak cukup-cukup tapi tak menjamin selera pun cukup-cukup. Hehe..
Entri kali ini adalah tentang periuk nasi panasonic kami  kerana ada nostalgia disebaliknya. Jumaat lepas, buat kali pertama sepanjang usia perkahwinan, saya terpaksa memasak nasi atas api . Ia sesuatu yang dah lama saya tinggalkan.  Tiba-tiba periuk nasi di atas meragam. Tak berfungsi.  Namun ,okay gakla masak manual. Sebab saya dibiasakan sejak zaman bujang oleh keluarga dengan memasak atas api. Ingat mak selalu pesan.  Api kecilkan sehingga menggelegak dan tutup sehingga nasi kering. Agak-gakla.
 Masa belum kahwin 'dolu-dolu' ingat mak pesan, tak pandai masak nasi atas api dan gulai lemak cili api ikut piawai oang nogori, tak lakula nanti. Hehehe. Nostalgia. 
Petangnya, bila Mister memeriksa , periuk nasi tadi tiba-tiba ok semula walhal 9 kali saya tekan, siap periksa seluruh periuk kalau ada benda asing ke kan.. Saja nak test la tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w