Jumaat, April 29, 2011

"and they lived happily ever after"...

Ketika saya masih kecil, saya hanya mendengar di angin lalu perkahwinan di raja Puteri Diana yang begitu gemilang. Legasi diteruskan selepas ketiadaan mendiang. Kini anakanda beliau, Putera William  mengambil tempat. 
      Sekarang saya  berada di depan TV menyaksikan SkynewsHD channel 700. Secara langsung dari Istana Birmingham di mana perkahwinan Putera William dan Kate Middleton bakal disaksikan oleh seluruh dunia sekejap sahaja lagi di Westminster Abbey. Apa yang menarik perhatian saya adalah liputan segenap penjuru tentang perkahwinan diraja ini. Segalanya dibuat sangat rapi dan meluas. Rakyat England dan beberapa pelancong asing sanggup berkhemah sehari sebelum keraian ini di sepanjang jalan utama  hanya untuk menyaksikan upacara perkahwinan pasangan diraja kesayangan mereka ini. Ada yang mewarnakan muka mereka dengan lambang bendera England. Ada yang mengenakan tema baju mengikut bendera England. Sepanjang jalan utama, orang ramai semakin bertambah bilangannya. Di sudut lain liputan di Clarance House, Putera William kelihatan bersalaman dengan orang ramai yang sangat teruja sambil menerima ucapan tahniah.
      Ia mengingatkan saya tentang buku  cerita dongeng puteri atau putera raja yang berkahwin dengan harapan dan doa di akhir buku cerita "and they lived happily ever after"..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w