Sabtu, Mei 07, 2011

Kakak Pengantin Part 2

Sebelum
Selepas
Nilah hasilnya. Berpeluh-peluh saya menyiapkannya. Baru je habis ni, terus snap gambar. Sekali buat untuk 5 dulang. Ini baru dekorasi sahaja. Nanti dah letak apa yang nak dihantar, dekorasi fasa 2 pulak.  Ini dulang untuk majlis pertunangan angah. Dia memilih tema silver. Saya letakkan aksesori warna kontra supaya nampak timbul. Untuk majlis pertunangan, biarlah ia nampak ringkas dan kemas tetapi tetap cantik. Kemasan bunga ni adik bongsu saya pilih. Pilihan saya sebenarnya ialah orkid besar artificial. Tetapi tak apa, pilihan orkid besar akan jadi kenyataan semasa majlis perkahwinan angah nanti. Tunggu jela. Inilah kepuasan saya selain blogging, saya suka dekorasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w