Jumaat, Mei 06, 2011

Talking Tom Cat

Saya dah lama nak menulis tentang Talking Tom Cat, perisian terbaik untuk "release tension". Dengan menggunakan perisian yang saya perolehi dari iphone 4, ia bukan sahaja digunakan untuk mengajuk apa yang kita cakap 'sampai pengsan' malah boleh pula dibuat sebagai rakaman suara untuk dihantar sebagai MMS. Mula-mula kami install  hujung tahun lepas, saya dan suami ketawa terbahak-bahak nak pecah perut sebab Tom Cat ini takkan berhenti mengikut  apa yang kami dituturkan. Lagi dah ramai-ramai dan pernah sekali adik beradik saya hampir nak 'terkencing' menahan gelak kerana ada tambahan suara lain di saat kami membincangkan sesuatu. Ada juga perisian seperti talking lady bug, talking giraffe tapi saya lagi sukakan talking tom cat sebab bila dipegang ekornya, ia  akan menjerit auw..auw. Dewasa menyukainya apatah lagi kanak-kanak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w