Jumaat, Mei 06, 2011

Bila Gembira pulak...


Sorrylah ni blogging ikut 'dan' di kawasan mana lagi kalau tak di tingkat atas rumah, tempat strategik 2 dalam 1 'landing n blogging'. Ok,ada beberapa sebab saya gembira melebihi hari biasa hari ini. Syukur, urusan dan doa dipermudahkanNya.
1. Selain adik saya yang akan melangsungkan perkahwinan september ini( akhirnya), rakan kuliah a.k.a adik angkat saya juga akan melangsungkan perkahwinan september ini( baru dapat call, alhamdulillah bukan hari yang sama).
2. Urusan penyelidikan saya akan berlangsung di 2 buah sekolah. Salah satunya sekolah lama saya dulu. (Rindu pun ye, suspen pun ye) dan bertuahnya saya kerana dibantu sahabat, hjh Mazliana.
3. Malam ni tadi abang ipar sekeluarga 'open table' makan satay. Mekasih belanja.
4. Hjh A call malam kelmarin dan bertanya khabar saya- seronok bila rakan sejawat yang berhati mulia macam Hjh A.
5. Syifa' ikut g kedai dan sempat habiskan masa kat taman.
6. Terakhir tapi paling penting, mood saya dah kembali tak 'swing' macam minggu lepas.

SEGALA PUJIAN BAGIMU ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w