Jumaat, Ogos 29, 2008

Abah Punya


Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia ke 51. Merdeka bukan sekadar mengibarkan jalur gemilang malah lebih dari itu. Terpulang kepada persepsi masing-masing. Untuk menerapkan jati diri supaya kita dapat "menyelongkar" erti kemerdekaan, saya sangat tertarik dengan iklan petronas sempena kemerdekaan ke 51 tahun ini.

Setiap kali saya menonton iklan Petronas ini(anda boleh menontonnya dari paparan di atas) , setiap kali itulah air mata tidak dapat ditahan. Ia mengingatkan saya kepada ayahanda tercinta saya(kembali ke rahmatullah pada tahun 2005). Ayah saya ketika hidupnya, sentiasa menekankan betapa perlunya saya mempunyai semangat jati diri, tidak bergantung kepada orang lain dan memerdekakan diri dari rasa tidak yakin. Sehingga kini, pembawaan itu saya pegang hingga ke mana-mana.

Saya masih ingat, saat-saat akhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, antaranya beliau meminta saya supaya tidak garang tetapi melayani karenah pelajar saya secara bijak dan adil.

Abah(gelaran untuknya)pernah beberapa kali menyatakan saya adalah anak paling berfikiran terbuka, bijak merancang dan sangat faham akan dirinya. Berkali-kali beliau meyatakan harapannya supaya saya terus bijak mengemudi kehidupan keluarga seandainya beliau tiada lagi. Abah kata jika sekiranya beliau tiada sekalipun, dia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kami adik beradik bersama ibu. (emm, saya gagal mengawal perasaan saya sekarang....)Dan ketika saya keluar dari Dewan Sri Budiman Uitm sedekad lalu sambil memegang ijazah yang masih panas, abahlah orang pertama memeluk saya. Air matanya bergenang...

Kini abah telah pergi buat selama-lamanya.

Mereka yang masih mempunyai ayah, hargailah ayah anda sebaik mungkin sementara masih ada.

Abah, kejayaan yang akak dapat sekarang secara tersiratnya adalah ABAH PUNYA.
Al Fatihah untuk abah.

1 ulasan:

  1. I don't believe eternity. World will still go on, no matter what and where we are. Strengthen our soul and heal the world.
    Selamat Berpuasa, teacher! I'll also fast, no worry! Cheer!

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w