Isnin, Ogos 25, 2008

Penerimaan


Salam. Terima kasih Yan,kenalan baru kerana mengunjungi blog saya. Hanya Allah sahaja yang tahu di sebalik tiap-tiap satu kejadian. Barangkali Yan sudah pun berjaya mengunjungi kota Mekah dan Madinah dengan izin Allah ye. Anggap sahaja ketidakdapatan ke sana pada 1997 bukan rezeki. Allah menetapkan sesuatu atas apa yang kita terdaya di samping doa yang tidak putus-putus. Saya doakan Yan. Amin.
Kepada Syauqi, pelajar saya diharap rasa rindu telah pun terubat apabila saya masuk ke kelas tadi. Bila nak hantar 'assignment'? Saya sedih sedikit, tidak ramai yang menyiapkan cuti-cuti belajar. Saya memberi 2 pilihan, kalau bukan melalui internet, pelajar boleh menghantar melalui helaian kertas. Mudah bukan?
Tadi Aishah berjumpa saya dan memohon maaf.
Kepada Aishah Mardhiah, saya tidak ambil hati dengan komen yang diberi. Semua pelajar berhak melontarkan pandangan. Cuma biarlah kena pada tempatnya.
Pada mulanya saya berfikir ia tidak patut tetapi tidak apalah. Jangan disamakan pemikiran 14 dengan 34 tahun. Ha,ha,ha. Tiba-tiba saya terasa tua.
Kepada Fatin Izzati dan Syarafana yang membantu saya memunggah kotak-kotak buku ke bilik guru petang tadi, terima kasih kerana membantu. Secara kebetulan, bilik guru sedang dalam proses penstrukturan semula susun atur. Wah!, kehadiran kotak-kotak di tempat susun atur baru benar-benar 'memeriahkan'. 7 waktu dan tidak termasuk kelas memburu bintang benar-benar menguji tenaga keupayaan saya hari ini. Namun rasa lega apabila kerja mengemas bilik guru dapat diselesaikan.
Kepada 3 Melati dan 3 Kemboja, esok hari penentuan keputusan bah. Inggeris percubaan PMR. Walau apapun keputusannya, terima dengan hati terbuka kerana kita masih ada PMR sebaik seminggu Aidilfitri.

3 ulasan:

  1. tq tchr coz visited my blog...
    i'm fell apy coz u had reply my msg...
    Tq soooooo much...

    BalasPadam
  2. pn mastura,
    i'm referring to your 21 aug blog post. very true , we need strength/energy. take my condition, for example, i don't have much energy at the moment, surely i won't be able to help clean the staff room. so, that's the activity today? and as the other strength/energy, it's badly needed to face the challenges, but that's a part of life which can be interesting, though demanding...

    BalasPadam
  3. salam... tak nak join gath ke...

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w